SMA, SKMM sepakat tingkatkan jalur lebar di Sarawak

Munirah Mudzamli
November 30, 2020 11:55 MYT
SKMM dan SMA berikrar untuk memastikan sinergi dan pelaksaan projek dapat dilakukan dengan cekap. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersetuju meningkatkan hubungan jalur lebar ke kawasan yang mempunyai kekangan Internet di negeri itu.
Dalam satu kenyataan bersama pada Isnin, kedua-dua pihak berikrar untuk memastikan sinergi dan pelaksaan projek dapat dilakukan dengan cekap.
"Peningkatan liputan Internet 4G amat penting bagi memastikan perkhidmatan telekomunikasi dapat dinikmati seluruh rakyat," jelas kenyataan berkenaan.
Peningkatan permintaan jalur lebar susulan pandemik COVID-19 ini mendorong SKMM untuk melihat kembali rancangan dan sasaran mereka untuk membina infrastruktur digital nasional yang terbaik.
"Salah satu hasrat SKMM adalah untuk menyediakan kelajuan jalur lebar bergerak pada purata 35Mbps menjelang akhir tahun 2021.
"Bagi mencapai sasaran ini kata kenyataan itu lagi, kepentingan melengkapkan fiber rangkaian yang menghubungkan antara menara sangatlah penting.
"Ia akan membantu meningkatkan kelajuan, dan pengalaman pengguna secara menyeluruh," tambahnya.
Isu jalur lebar dan Internet menjadi panas kebelakangan ini, berikutan keperluannya untuk pelajar luar bandar menjalani proses pembelajaran dari rumah.
Baca: Sarawak rancang miliki rangkaian telekomunikasi sendiri
Baca: Rangkaian telekomunikasi Sarawak: Ini reaksi rakyat Bumi Kenyalang
#Sarawak #MCMC #SMA #Internet #Malaysia #COVID-19 #pandemik
;