Sleep Apnea membunuh dalam senyap
Astro Awani
Disember 24, 2014 08:10 MYT
Disember 24, 2014 08:10 MYT
Tidak semua berdengkur semasa tidur, namun bukan semua tahu bahawa berdengkur itu sebenarnya merupakan satu penyakit yang mampu meragut nyawa.
Dengkuran yang bermasalah pada tahap kronik boleh mengundang maut bila nafas pendengkur terhenti 10 saat atau lebih.
Wartawan nabihah hamid melihat secara dekat apa yang dipanggil secara saintifiknya ‘Sleep Apnea’ penyakit pembunuh senyap yang jarang diketahui di Malaysia.
Menurut Ketua Jabatan ENT Putrajaya Dr Balwinder Singh Mann, ramai masyarakat di Malaysia tidak menyedari mereka menghidap ‘Sleep Apnea’.
Jelasnya, antara punca ‘Sleep Apnea’ adalah disebabkan rehat yang tidak mencukupi dan kajian tidur perlu dibuat untuk mengenal pasti masalah.
Banyak faktor yang menjadi punca penyakit ini. Selain perokok, pengambilan alkohol yang berlebihan,Obesiti turut menyumbang kepada penyakit ini.
Justeru pelbagai pihak termasuk media memainkan peranan untuk menyalurkan maklumat mengenai ‘Sleep Apnea’.
Kata beliau, hanya melalui maklumat kesedaran akan timbul mengenai bahaya penyakit ini.