Skuad skuasy wanita negara pertahankan gelaran juara Remaja Asia

Bernama
Februari 12, 2023 15:48 MYT
Sebelum ini, Malaysia menjuarai kejohanan tersebut pada 2015, 2017 dan 2019. - Gambar/ FB Squash Racquets Asscociation of Malaysia
KUALA LUMPUR: Skuad skuasy wanita negara muncul juara Kejohanan Berpasukan Remaja Asia selepas buat kali keempat berturut-turut selepas menewaskan Hong Kong 2-0 pada aksi final di Chennai, India, hari ini.
Pemain perseorangan negara, Aira Azman, membuka tirai dengan mudah menewaskan Wai Sze Wing 3-0 (11-2, 11-9, 11-5).
J.Yasshmita mengesahkan kejuaraan apabila terpaksa berhempas pulas sebelum menyingkirkan Tse Yee Lam Toby, 3-2 (11-15, 7-11, 11-9, 9-11, 11-7).
Sebelum ini, Malaysia menjuarai kejohanan tersebut pada 2015, 2017 dan 2019.
Dalam acara lelaki, Pakistan muncul juara selepas menewaskan India 2-0 pada aksi final.
Skuad lelaki Malaysia menduduki tempat ketiga selepas tewas 0-2 kepada Pakistan pada aksi separuh akhir semalam.
-- BERNAMA
#Kejohanan Berpasukan Remaja Asia #skuad skuasy negara #Juara #Hong Kong