Skor CPI: SPRM teliti cadangan penambahbaikan TI-M

Umavathi Ramayah
Januari 29, 2021 13:46 MYT
SPRM akan melihat mana-mana berkaitan atau bawah bidang kuasa suruhanjaya itu bagi menyumbangkan kepada skor yang lebih baik pada masa yang akan datang. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti dan mengkaji cadangan penambahbaikan yang dikemukakan oleh Transparency International Malaysia (TI-M) dalam usaha memerangi rasuah di negara ini.
SPRM memberitahu, pihaknya mengambil maklum kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2020 yang jatuh ke tangga 57 daripada 180 negara berbanding tangga 51 pada 2019.
"Kita akan melihat mana-mana berkaitan atau bawah bidang kuasa SPRM ini bagi menyumbangkan kepada skor yang lebih baik pada masa yang akan datang," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, kenyataan itu memberitahu, SPRM turut menyambut baik maklum balas positif berhubung CPI 2020 iaitu berkaitan Pelan Antirasuah Nasional (NACP), penguatkuasaan Seksyen 17A Akta SPRM serta siasatan kes-kes berprofil tinggi yang sedang berjalan.
BACA: Kedudukan negara dalam CPI jatuh: Ini antara kes rasuah di Malaysia pada tahun 2020
Memahami laporan CPI 2020 & langkah kehadapan dalam memulihkan skor CPI Malaysia
Semalam, Presiden TI-M, Dr Muhammad Mohan memaklumkan, pada tahun lepas Malaysia mencatatkan skor 51 daripada 100, kurang berbanding skor 53 yang dicatatkan pada tahun 2019.
Menurutnya, antara faktor kepada penurunan itu adalah kerana kegagalan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Pembiayaan Politik, serta beberapa pendakwaan rasuah yang digugurkan.
[INFOGRAFIK] Indeks Persepsi Rasuah (CPI), Malaysia (2015-2020)
#SPRM #skor CPI #TI-M #Rasuah #mahkamah #kes gugur #berprofil tinggi
;