SKMM tarik balik penggantungan sementara domain madlabs.com.my
Bernama
Disember 19, 2018 05:24 MYT
Disember 19, 2018 05:24 MYT
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menarik balik penggantungan sementara nama domain internet madlabs.com.my pada Selasa.
SKMM dalam kenyataan malam tadi berkata pihaknya telah dimaklumkan bahawa laman berkenaan sedang diperbaiki bagi mengatasi masalah penghalaan pengguna ke laman-laman yang tidak sepatutnya.
"Tindakan penggantungan tersebut telah diambil bagi melindungi para pengguna yang melayari laman berkenaan, ekoran ia didapati membawa para pengguna ke laman-laman yang melanggar peruntukan undang-undang negara.
"Isu ini adalah berasingan kepada sebarang isu komersial antara pihak Nestle dan pihak Mad Labs, yang tidak termasuk dalam skop tindakan dan kawalan SKMM," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#domain internet
#Mad Labs
#madlabs
#melanggar peruntukan
#Nestle
#penggantungan sementara
#SKMM
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#undang-undang