SKMM nafi intip kandungan WhatsApp individu tertentu
Astro Awani
Mei 7, 2019 22:25 MYT
Mei 7, 2019 22:25 MYT
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menafikan dakwaan bahawa telefon milik individu tertentu telah dipantau dan diintip oleh pihak berkuasa di negara ini.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, SKMM berkata dakwaan tersebut adalah adalah palsu dan tidak benar sama sekali.
"Sebarang dakwaan kononnya telefon milik individu tertentu dipantau dan diintip oleh pihak berkuasa di negara ini adalah palsu dan tidak benar sama sekali.
"Sebagai satu badan yang mengawal selia dan membangunkan industri komunikasi dan multimedia, SKMM tidak memantau mahupun mengintip perkara-perkara yang dimuatkan oleh pengguna WhatsApp," jelas kenyataan tersebut.
Justeru, SKMM menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
#individu tertentu
#maklumat tidak sahih
#MCMC
#MCMC nafi pantau
#mesej WhatsApp
#SKMM nafi pantau
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#WhatsApp