SKMM akan kaji semula akta yang sedia ada- Jailani
Astro Awani
Julai 21, 2013 15:19 MYT
Julai 21, 2013 15:19 MYT
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengkaji beberapa peruntukkan di bawah akta berkenaan bertujuan menambahbaik serta mengatasi kelemahan sedia ada.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata pihaknya akan mengambilkira cadangan serta idea bernas untuk menambahbaik undang udang yang digunapakai.
Jailani berkata, “Kita tidak melihat sendiri, tetapi akta sedia ada. Saya selalu tekankan perkarai ini kerana beberapa peruntukkan di bawah akta ini perlu dikaji semula kerana ada kelemahan dalam akta yang sedia ada.
"Walaupun kita tahu kerajaan tengah memikirkan sama ada untuk memperkenalkan akta keharmonian nasional atau tidak, tetapi pada masa yang sama akta dan multimedia sedang berkuatkuasa. Jadi bolehlah kita lihat peruntukkan yang sedia ada ini ada penaltinya atau gunakan peruntukan yang sedia ada.”
Beliau ditemui sebelum majlis bantuan Ramadan serta berbuka puasa bersama penduduk Kampung Pauh, Hulu Terengganu.
Menurutnya, pendekatan mendidik masyarakat pelbagai bangsa dan agama di negara ini menjadi tumpuan utama untuk masing masing saling menghormati demi keharmonian negara.
Pada masa sama pengguna laman sosial disaran membuat laporan terus kepada pentadbiran laman sosial itu atau SKMM jika mendapati perbuatan menghina kesucian Islam.
Beliau mengulas mengenai pasangan ‘sex blogger’ Malaysia yang didakwa di mahkamah sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan .
Ia berikutan kontroversi menyiarkan gambar yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam terutama pada bulan Ramadan di laman sosial Facebook baru-baru ini.
Pasangan itu, Alvin Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee May Ling, 24, yang dikenali dengan nama ‘Alvivi’ turut didakwa atas kesalahan menyiarkan bahan berunsur seksual di laman web tahun lalu.
Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Mereka didakwa mengikut Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan Kanun Keseksaan.