Skim upah lebih adil kepada penjawat awam disegerakan - PM

Astro Awani
Januari 2, 2024 13:18 MYT
Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira prestasi membanggakan yang ditunjukkan oleh penjawat-penjawat awam.- Gambar fail/Astro AWAN
KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk menyegerakan pelaksanaan skim upah yang lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Peluncuran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Perdana Hall, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.
Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira prestasi membanggakan yang ditunjukkan oleh penjawat-penjawat awam.
Bagaimanapun, Anwar tidak memaklumkan tarikh spesifik penguatkuasaan pelaksanaan skim upah berkenaan.
"Saudara harus percaya kita tidak dapat menyegerakan awal tahun lalu kerana kita warisi kedudukan kewangan yang sangat merumitkan.
"Hutang negara pada masa itu masih RM1.5 trilion dan defisit 5.6 peratus.
"Alhamdulillah dengan kerjasama semua pimpinan. jemaah menteri, ketua-ketua setiausaha, kementerian dan agensi, serta sektor swasta, kita dapatkan kurangkan (defisit) menjadi lima peratus," katanya dalam ucapan tersebut, di sini.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#skim upah #Anwar Ibrahim #penjawat awam #PADU
;