Skim Rondaan Sukarela pastikan zon hijau, kuning kekal selamat dari COVID-19
Astro Awani
Jun 17, 2020 22:13 MYT
Jun 17, 2020 22:13 MYT
Skim Rondaan Sukarela (SRS) di bawah Kawasan Rukun Tentagga (KRT) adalah bertujuan untuk memperkasakan masyarakat setempat bagi memastikan zon hijau dan zon kuning terus kekal selamat dari penularan COVID-19.
Demikian menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique yang menyerahkan kit peralatan rondaan SRS kepada 16 orang Pengarah Perpaduan Negeri, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang mewakili negeri masing-masing pada Rabu.
“Kit peralataan rondaan SRS diedarkan pkepada 1,079 SRS untuk digunakan oleh 68,410 anggota.
“Kit ini mengandungi perlatan seperti cecair pembasmi kuman, pelitup muka, wisel, ves keselamatan, topi SRS, lampu suluh, alat suhu badan dan lampu picit.
“Semua peronda SRS juga akan diwajibkan menggunakan aplikasi MySejahtera untuk membolehkan pelaksanaan penilaian kesihatan kendiri dalam mengawal penularan pandemik COVID-19.
“Penyediaan kit peralatan rondaan ini adalah bagi memastikan pematuhan anggota-anggota SRS kepada protokol kesihatan seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
SRS dibenarkan beroperasi bermula pada 20 Jun 2020 selaras dengan keputusan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri pada 6 Jun 2020 yang telah meluluskan Garis Panduan Pelaksanaan Tugas Rondaan Di Zon Hijau.
#COVID-19
#halimah sadique
#Kawasan Rukun Tentagga
#kementerian perpaduan negara
#Menteri Perpaduan Negara
#Skim Rondaan Sukarela
#SRS