Skim perumahan Kerajaan Perpaduan bakal penuhi keperluan - Akmal Nasrullah

Faida Rahim
Mei 23, 2023 15:03 MYT
Ada kumpulan yang tersisih atau terpinggir dan juga dari segi holistik, sama ada dasar kerajaan ini memenuhi keperluan rakyat di bawah sebagai contoh pekerja estet dan sebagainya.- Sumber foto 51684825466_AkmalNasrullahMohd.jpg
KUALA LUMPUR: Skim perumahan ditawarkan Kerajaan bakal memenuhi keperluan setiap lapisan masyarakat termasuk projek perumahan rakyat yang dibina untuk membantu golongan B40 di negara ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir memberitahu pihak Kementerian kini dalam peringkat menilai kembali dasar perumahan negara agar tiada golongan di negara tidak memiliki tempat berteduh.
“Sebagai contoh projek perumahan rakyat itu dibina untuk bantu kumpulan b40 ada tempat berteduh kemudian untuk syarikat PRIMA sebagai contoh, lebih tumpu kepada M40 dan sebagainya termasuk SPMB kita ada rumah mesra rakyat, bila berlaku perbezaan skim maka mungkin berlaku tidak efisyen.
“Ada kumpulan yang tersisih atau terpinggir dan juga dari segi holistik, sama ada dasar kerajaan ini memenuhi keperluan rakyat di bawah. Sebagai contoh pekerja estet dan sebagainya. Tetapi untuk kita meneliti dasar perumahan negara itu memang ada keperluannya sangat,” katanya.
Beliau menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing di Dewan Rakyat mengenai usaha Kerajaan dalam dasar perumahan di negara ini.
Sementara itu, beliau menambah tiada sebarang projek perumahan untuk golongan belia yang diumumkan kerajaan terdahulu menerusi inisiatif Perumahan Transit Belia (MyTransit) pada 2018 dan Rumah Transit Belia (RTB) 2021 berjaya dilaksanakan.
"Kedua-dua pengumuman (projek rumah belia) itu tidak berlaku apa-apa, sehingga sekarang kita tiada pun rumah yang seperti diumumkan sebelum ini.
"Februari lepas, kami semak semula (cadangan projek), maka kami perincikan lagi perjanjian dengan syarikat (pembinaan) agar mereka penuhi syarat pendahuluan (CP), agar mereka memikul tanggungjawab memenuhi tuntutan untuk memulakan projek itu,” katanya.
#golongan B40 #Kerajaan Perpaduan #Dewan Rakyat #skim perumahan
;