Skim cepat kaya: Khalid sahkan 16 individu ditahan

Bernama
Ogos 5, 2016 11:35 MYT
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengucapkan syabas kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman kerana membongkar dan membanteras kegiatan berkenaan. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 16 individu disyaki terlibat skim cepat kaya dengan pelaburan bernilai RM50 juta di sekitar Kuala Lumpur dan Kelantan baru-baru ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata skim berkenaan dipercayai telah memperdaya seramai 50,000 pelabur.
Beliau turut mengucapkan syabas kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman kerana membongkar dan membanteras kegiatan berkenaan.
Perkara ini disahkan dalam laman Twitter rasmi beliau hari ini.
"Syabas JSJK @PDRMsia bongkar Skim cepat kaya di Kuala Lumpur dan Kelantan. Tangkap 16 orang yang telah perdaya 50K pelabur dengan pelaburan RM50 juta #GoPDRMGo," kata Khalid.
#Khalid Abu Bakar #skim cepat kaya
;