KUALA LUMPUR: Seorang lagi suspek disyaki terlibat dengan skandal sebuah syarikat penerbangan ditahan di Bangsar, ibu negara, pada awal pagi Isnin.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, lelaki berusia 40-an itu akan dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang, Kuala Lumpur untuk tahanan reman pada jam 10 pagi, pada Isnin.
"Sementara itu, reman suspek utama bergelar 'Datuk' tamat pada hari ini dan akan dibebaskan dengan jaminan polis.
"Setakat ini JSJK PDRM telah merampas 12 buah kenderaan dari dua suspek, dokumen berkaitan i-Serve Technology dan Vacation Sdn Bhd, enam jam tangan mewah, 8 beg tangan mewah, dua komputer riba, satu CPU dan 10 items barang kemas.
"Siasatan masih diteruskan dengan fokus semakan dokumen penting dalam transaksi perniagaan i-Serve," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Pada Ahad, Ramli memaklumkan reman seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar 'Datuk' yang ditahan pada 17 Okt lepas dilanjutkan hingga Isnin.
Bagaimanapun, isteri dan anak lelaki ahli perniagaan itu dibebaskan.
Beliau berkata beberapa individu yang terdiri daripada rakan perniagaan dan pelabur akan dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Sementara itu, Ramli berkata sejak siasatan bermula, pihaknya telah membekukan lebih 15 akaun bank milik individu terbabit berjumlah hampir RM5 juta.
Pada Selasa lepas, media melaporkan polis telah menahan ahli perniagaan berusia 57 tahun itu bersama isteri, 55, dan anaknya, 26, di rumah mereka di Shah Alam, Selangor.
Astro Awani
Mon Oct 23 2023

Seorang lagi suspek disyaki terlibat dengan skandal sebuah syarikat penerbangan ditahan di Bangsar, ibu negara, pada awal pagi Isnin. - Gambar hiasan
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Malaysia dapat semula RM15.4 bilion tunai, aset 1MDB - Tengku Zafrul
Malaysia berjaya mendapatkan semula pemulangan aset syarikat One Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai AS 3.9 billion daripada Goldman Sachs Group Inc pada tahun lalu.

AS berusaha dapatkan semula AS$300 juta aset 1MDB di Britain
Agensi itu pada Rabu berkata aset berkenaan berjaya dikesan di akaun eskrow di United Kingdom.

Kes 1MDB: Buktikan Najib palsu dokumen - Shafee
Jika benar pendakwaan mengatakan bekas perdana menteri itu memalsukan dokumen, ia perlu dibuktikan bahawa Najib mengetahui perkara itu.

Skandal 1MDB: ORB Solutions terima cek RM2 juta dari Najib - Saksi
Norhaina menjelaskan beliau yakin pihaknya menerima bayaran cek tunai berjumlah RM2 juta dari Najib.

Tindakan Maszlee betulkan keadaan adalah tepat - Muhyiddin
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan tindakan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung kenyataannya dalam sidang Parlimen adalah langkah tepat.

Skandal Volkswagen: 11 juta kereta bukan 482,000
Volkswagen umum 11 juta kereta yang menggunakan enjin diesel EA 189 terkesan akibat ujian skandal penipuan ujian pelepasan toksik.