Skandal hartanah Johor: Kereta mewah, beg tangan berjenama milik exco dirampas
Astro Awani
Mac 9, 2017 22:06 MYT
Mac 9, 2017 22:06 MYT
SPRM merampas wang tunai berjumlah RM41000, sebuah kereta Toyota Vellfire, and 150 beg tangan berjenama susulan penahanan seorang exco kerajaan negeri Johor pada Khamis. -Astro AWANI
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai berjumlah RM41000, sebuah kereta Toyota Vellfire, and 150 beg tangan berjenama susulan penahanan seorang exco kerajaan negeri Johor pada Khamis.
Rampasan tersebut dibuat di kediaman exco berkenaan pada pukul 10.50 pagi tadi bagi membantu siasatan.
Suspek berusia 51 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru dan akan dibawa ke mahkamah pada pagi Jumaat.
Suspek ditahan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.