SK Seri Sentosa Tutup seminggu, murid positif COVID-19

Bernama
Oktober 21, 2020 08:54 MYT
SK Seri Sentosa ditutup bermula 20 Okt hingga 26 Okt. - Foto googlemaps
NIBONG TEBAL: Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sentosa di Jalan Victoria di sini ditutup seminggu bermula Selasa selepas seorang murid di situ disahkan positif COVID-19.
Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Abdul Rashid Abdul Samad berkata sekolah itu akan dicuci dan disanitasi sepanjang tempoh berkenaan.
"Ya betul, SK Seri Sentosa ditutup bermula hari ini hingga 26 Okt nanti selepas terdapat seorang murid positif COVID-19.
"Pihak pengurusan sekolah akan memastikan semua guru mengajar dari rumah melalui dalam talian sepanjang tempoh berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.
Pada 1 Okt lepas, SK Permatang Janggus ditutup selama lapan hari selepas seorang guru wanita di situ disahkan positif COVID-19.
-- BERNAMA
#sekolah #tutup #COVID-19 #pulau pinang #Abdul Rashid Abdul Samad #SK Seri Sentosa #SK Permatang Janggus #guru #murid #sanitasi #cuci #dalam talian #kes positif
;