Situasi panik di dewan bedah Hospital Machang gara-gara pendingin hawa terbakar

Astro Awani
Januari 23, 2017 11:43 MYT
Keadaan unit penyaman udara yang dikeluarkan oleh pihak bomba. - Foto JBPM
Orang awam dan petugas di Hospital Machang, Kelantan gempar seketika apabila sebuah alat pendingin hawa di dewan bedahnya terbakar kira-kira jam 7.23 pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Pegawai Bomba Kanan Dua, Nazri Taib yang berada di lokasi kebakaran melaporkan, kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang dikerah ke lokasi kebakaran.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati, kebakaran itu berlaku di bilik unit poengendalian udara (AHU) yang digunakan oleh dewan bedah hospital berkenaan.
Bagaimanapun, kebakaran itu tidak melibatkan struktur bangunan dan api berjaya dipadamkan.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
#bomba dan penyelamat #Hospital Machang #JBPM #pendingin hawa #penyaman udara
;