KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Perak, Kelantan dan Sarawak semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini berkurangan berbanding petang tadi.
Di Sabah dan Terengganu pula, jumlah mangsa yang berlindung di PPS tidak berubah berbanding angka yang dicatat pada sebelah petang.
Di PERAK, bilangan mangsa banjir berkurangan kepada 42 orang membabitkan lapan keluarga setakat 9 malam berbanding 50 daripada 10 keluarga di daerah Hilir Perak pada 4 petang.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) melalui satu kenyataan memaklumkan semua penduduk Kampung Batu 7 1/2 Lorong Mesra dan Kampung Batu 7, Changkat Jong itu ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART).
Di KELANTAN, sebuah PPS di Pasir Mas ditutup malam ini menjadikan hanya dua lagi masih beroperasi di jajahan itu membabitkan 31 mangsa iaitu 17 orang di Pusat Tarbiah Nasrullah Pohon Buloh manakala 14 lagi di Sekolah Kebangsaan Banggol Chicha.
Di SARAWAK, JPBN memaklumkan hanya tujuh mangsa banjir masih ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Kampung Lutong di Sebuyau malam ini.
Di TERENGGANU pula, jumlah mangsa banjir di Besut kekal 53 orang daripada 12 keluarga yang berlindung di PPS Masjid Kampung La.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Besut Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid ketika dihubungi Bernama petang tadi berkata semua mangsa dijangka berada di PPS itu dalam tempoh yang lama kerana kebanyakan rumah mereka dihanyutkan banjir.
Di SABAH, mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud kekal 135 orang daripada 56 keluarga dengan 62 individu daripada 26 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan dan 73 orang daripada 30 keluarga berlindung di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa.
Jumlah penduduk yang dipindahkan akibat fenomena air pasang besar sedikit berkurangan kepada 1,454 orang daripada 298 keluarga berbanding 1,471 orang daripada 303 keluarga petang tadi.
Mereka ditempatkan di sebuah PPS di Sandakan (688 orang daripada 121 keluarga) dan enam PPS di Pitas (766 orang daripada 177 keluarga).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 27 2022
![Situasi banjir di Perak, Kelantan, Sarawak makin pulih Situasi banjir di Perak, Kelantan, Sarawak makin pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672155101_banjirjertehrosak.jpg)
Di Kelantan, sebuah PPS di Pasir Mas ditutup malam ini menjadikan hanya dua lagi masih beroperasi di jajahan itu. - Gambar fail/ Astro AWANI
![Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719905942_AzalinaOthman.jpg)
Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.
![Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721194556_rasuah.jpg)
Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah
Tiga individu yang merupakan pengurus dan pemilik beberapa firma guaman di Melaka dan Lembah Klang direman SPRM.
![TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721189949_tbTEKUNMADANI.jpg)
TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan
Sempena Karnival TEKUN Madani Peringkat Pulau Pinang, TikTok Shop Malaysia merekodkan kejayaan memberangsangkan hasil kerjasama dengan TEKUN Nasional dan berjaya menarik lebih dari 40,000 usahawan.
![Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721194929_tbSultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT
Tujuh penerima biasiswa berkenaan ialah bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD), manakala tujuh pada peringkat sarjana (penyelidikan).
AWANI Ringkas: Apa punca kematian Nur Farah Kartini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721194847_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara hari ini.
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Senator tertinggi Amerika Syarikat Bob Menendez didapati bersalah ke atas semua 16 pertuduhan jenayah yang dihadapinya dalam perbicaraan rasuah yang mendapat liputan meluas di New York.
Mangsa maut di hotel Bangkok dipercayai diracun
Pihak berkuasa Thailand mengsyaki kematian enam warga asing yang didalam bilik hotel mewah di Bangkok kerana diracun.
Jurucakap polis berkata pada sidang akhbar di hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok berakata bahawa "bahan mencurigakan" ditemui di bahagian bawah cermin mata di dalam bilik hotel.
Jurucakap polis berkata pada sidang akhbar di hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok berakata bahawa "bahan mencurigakan" ditemui di bahagian bawah cermin mata di dalam bilik hotel.
!['Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon 'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon
Maksud perkataan 'danger' yang dikatakan oleh Kim Pan-gon, dalam sidang media sebelum ini hanyalah satu salah faham.
![Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721193528_tbIstiadatPertabala.jpg)
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai dinasihat tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di Jalan Sultan Abdul Halim pada Jumaat dan Sabtu ini.
![Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721173401_tbfloodedsectionD.jpg)
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
![Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720314538_Flood.jpg)
Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh
Keadaan banjir mungkin bertambah buruk di bahagian utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.
![UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720230443_tbUNhumanitarians.jpg)
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
![Hujan lebat di China semakin memburuk Hujan lebat di China semakin memburuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720230373_FloadHebei.jpg)
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
![Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719971161_banjirpenampangs.jpg)
Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Kemudahan ini ditawarkan bagi mengurangkan beban dan kesulitan yang dihadapi pelanggan sekali gus berharap dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.
![Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719911403_TBbanjirSabah.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
![Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719957920_BanjirSabah.jpg)
Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi
MCMC berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah.
![Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719808253_banjirpenampangs.jpg)
Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Sabah setakat pagi ini meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang berada di empat PPS.
![Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719808253_banjirpenampangs.jpg)
Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini
Lebih 5,000 murid dan 307 guru terjejas, melibatkan enam sekolah di Penampang, dua di Tuaran, masing-masing satu di Papar dan Sipitang.
![Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719795344_APM.jpg)
Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan
Mangsa banjir di Penampang meningkat kepada 112 orang daripada 40 keluarga pagi ini berbanding 78 orang daripada 28 keluarga semalam.