Sittah Annur isytihar bertaubat
Sinar Harian
September 27, 2021 12:30 MYT
September 27, 2021 12:30 MYT
SHAH ALAM: Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Sittah Annur, 39, mengumumkan pengisytiharan taubat (Istitabah) secara terbuka di sini pada Isnin.
Sittah atau nama sebenarnya Masitah Ab Jalar melakukan pengisytiharan itu di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini sebentar tadi.
Beliau melafazkan taubat itu dan menandatangani dokumen pengisytiharan taubat di hadapan Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.
"Bahawasanya saya bertaubat dengan taubat dengan sebenar-benar taubat dan menyesal dengan perbuatan saya. Tiada mana-mana paksaan (lafaz taubat) melainkan dengan kesedaran diri sendiri," antara lafaz taubat Masitah.
Masitah turut berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut dan mengakui semua perbuatan yang menyalahi hukum agama Islam dan yang melanggar pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Artikel asal di Sinar Harian