Siti Masitah rajin mengaji - Guru

Noraniza Kamsani
Februari 11, 2019 17:21 MYT
Polis pada Isnin sahkan kanak-kanak perempuan yang dijumpai mati dengan tangan terikat dan hampir reput di sini dipercayai dipukul menggunakan senjata kayu. - Foto Astro Awani
Siti Masitah Ibrahim, mangsa yang dipercayai dibunuh di sebuah ladang kelapa sawit pada Ahad disifatkan sebagai murid yang rajin mengaji, demikian luahan guru Fardhu Ain Madrasah Islamiah, Muhammad Salleh Ibrahim.
Muhammad Salleh yang merupakan guru kepada Masitah tidak menyangka anak didiknya itu hilang selepas tamat kelas Fardhu Ain.
“Saya memang pesan kepada semua pelajar apabila tamat kelas, pulang segera. Sudah hampir dua tahun saya mengajar di sini,” katanya ketika ditemui Astro Awani, di sini hari ini.
Siti Masitah baharu membaca Al-Quran kira-kira tiga minggu lalu selepas tamat kelas Iqra’.
BACA JUGA: Hilang pergi mengaji: Zainab ditemui mati dirogol dan dibuang dalam tong sampah
BACA: Mayat kanak-kanak perempuan ditemui dengan tangan terikat tanpa seluar
Pada Isnin mayat kanak-kanak ditemui dalam keadaan tragis dipercayai dibunuh di ladang kelapa sawit Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, Pahang.
BACA: Siti Masitah dipukul dengan kayu, dipercayai angkara dendam - Polis
Polis pada Isnin sahkan kanak-kanak perempuan yang dijumpai mati dengan tangan terikat dan hampir reput di sini dipercayai dipukul menggunakan senjata kayu.
BACA: Lelaki ditahan bantu siasatan penemuan mayat kanak-kanak perempuan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan dalam satu kenyataan berkata ia berdasarkan siasatan awal terhadap kecederaan pada kepala mangsa.
Terbaharu, Othman dalam satu kenyataan turut mengesahkan motif pembunuhan dipercayai angkara dendam terhadap keluarga mangsa.
Setakat ini, polis telah menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan berhubung penemuan mayat kanak-kanak perempuan, baru-baru ini.
#bunuh #dendam #ladang kelapa sawit #Othman Nanyan #Pahang #Pekan #Siti Masitah
;