KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini sekali lagi menolak permohonan pemilik Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali bagi mendapatkan hak penjagaan terhadap dua lagi angkatnya.
Peguam Nur Aminahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun ketika dihubungi pemberita berkata pada prosiding semalam, Majistret Norfarahain Roslan memerintahkan hak penjagaan bagi remaja perempuan berusia 14 tahun dan kanak-kanak lelaki empat tahun itu, diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Beliau berkata mahkamah memerintahkan mereka diserahkan kepada JKM bagi tempoh tiga tahun dan akan menyelidik semula perkara tersebut, selepas tamat tempoh berkenaan.
Berikutan keputusan itu Siti Bainun, 29, gagal mendapatkan hak penjagaan ke atas lima anak angkatnya kerana empat daripada mereka diserahkan kepada JKM dan seorang lagi dikembalikan kepada ibu kandung.
Sebelum ini, mahkamah sama menolak permohonan Siti Bainun untuk mendapatkan hak penjagaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia (tiga tahun) dan memerintahkan mereka diletakan di bawah jagaan JKM.
Wanita itu juga gagal mendapat hak penjagaan sama, selepas mahkamah itu memerintahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun diserahkan kepada ibu kandungnya.
Pada 2 Ogos lepas, Siti Bainun dan empat ibu kandung memfailkan permohonan melalui notis secara bersama di Mahkamah Majistret di sini, perintah jagaan sementara terhadap lima kanak-kanak yang diberikan kepada beberapa rumah jagaan di bawah JKM pada 16 Julai lepas dibatalkan serta-merta, di bawah Seksyen 30 (13) (c) Akta Kanak-Kanak 2001.
Siti Bainun dan empat ibu kandung itu memfailkan permohonan tersebut dengan menamakan JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai responden.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 02 2021
Berikutan keputusan itu Siti Bainun, 29, gagal mendapatkan hak penjagaan ke atas lima anak angkatnya kerana empat daripada mereka diserahkan kepada JKM dan seorang lagi dikembalikan kepada ibu kandung. - Gambar fail
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Penganggur dipenjara setahun ceroboh, pecah pintu kaca rumah rumah bekas teman wanita
Seorang penganggur dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini selepas mengaku bersalah menceroboh dan memecahkan pintu kaca serta tombol pintu rumah didiami bekas teman wanitanya.
Tikam 20 kali: Penganggur didakwa bunuh pereka dalaman
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang pereka dalaman yang maut ditikam 20 kali.
Penganggur disyaki dalang pembunuhan pereka dalaman dituduh esok
Seorang penganggur dipercayai dalang utama akan didakwa di Mahkamah Majistret pada Rabu berhubung pembunuhan seorang pereka dalaman.
Kes buruh paksa: Pengurusan tertinggi GISB antara 24 individu direman sekali lagi
Seramai 24 individu termasuk pengurusan tertinggi GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes buruh paksa.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.
Ahli GISBH mengaku tidak bersalah, mohon ikat jamin ringan kerana baru timang anak ke-10
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Riza didakwa mengeluarkan ugutan berbunyi: "Kita tunggu, kita tahu dekat mana rumah, suami, dan keluarga" terhadap wanita berkenaan.
Lelaki warga asing rogol, samun nenek 71 tahun direman tujuh hari
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan.
Tiga individu Geng Tongkol didakwa ceroboh, pecah masuk kawasan empat sekolah
Tiga anggota Geng Tongkol hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret berasingan di sini atas empat pertuduhan melakukan ceroboh dan memecah masuk empat kawasan sekolah, bulan lepas.
Bayi lelaki 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu di pusat jagaan berpantang
Bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga bayi tersebut di sebuah pusat jagaan berpantang.
Reman suami isteri edar dadah disambung enam hari
Tempoh reman pasangan suami isteri bagi membantu siasatan kegiatan pengedaran dadah disambung enam hari lagi, bermula hari ini.