Siti Bainun diperintah ke Penjara Kajang hari ini

Umavathi Ramayah
Mei 3, 2023 15:35 MYT
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 12 tahun atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, dua tahun lalu terhadap Siti Bainun. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didapati bersalah atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja Sindrom Down dikenali Bella.
Hakim Izralizam Sanusi memerintah Siti Bainun dihantar ke Penjara Kajang serta-merta
Sebelum ini, peguam bela pengasas Rumah Bonda itu, Mohammad Farhan Maaruf memohon Mahkamah Sesyen menangguhkan hukuman yang dijatuhkan ke atas anak guamnya sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 12 tahun atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, dua tahun lalu.
#Siti Bainun Ahd Razali #remaja Sindrom Down Bella #Penjara Kajang #mengabai dan menganiaya Bella
;