Sistem tiket baharu perkhidmatan KTM komuter mulai petang ini

Bernama
Oktober 19, 2016 00:13 MYT
Sistem tiket baharu bagi perkhidmatan KTM Komuter di laluan Tanjung Malim-Pelabuhan Klang dan Batu Caves-Sungai Gadut mulai 3 petang esok. - Foto Astro AWANI
KTM Berhad memperkenal sistem tiket baharu bagi perkhidmatan KTM Komuter di laluan Tanjung Malim-Pelabuhan Klang dan Batu Caves-Sungai Gadut mulai 3 petang ini.
Dalam satu kenyataan, KTM berkata ia akan mula beroperasi di 53 stesen KTM Komuter di laluan berkenaan.
"Sistem tiket baharu ini merangkumi get dan mesin tiket automatik serta mesin pengeluaran tiket di kaunter," katanya.
Melalui sistem tiket baharu itu, token dan kad nilai simpan iaitu 'Komuter Link' dan 'Touch n' Go' akan digunakan sebagai tiket perjalanan menggantikan sistem tiket manual yang digunakan sebelum ini. -- Bernama
#Batu Caves-Sungai Gadut #komuter #KTM Berhad #KTMB #Pelabuhan Klang #Tanjung Malim