Sistem pendidikan perlukan kepelbagaian
Hilal Azmi
September 30, 2015 17:25 MYT
September 30, 2015 17:25 MYT
Timbalan Menteri Pendidikan 1, P. Kamalanathan menolak cadangan sekolah satu aliran bagi memperkukuh perpaduan kaum di Malaysia.
Menurutnya, sistem pendidikan negara memerlukan kepelbagaian dan sistem sekolah vernakular membuka peluang kepelbagaian itu.
"Sekolah vernakular memberi peluang untuk kita ada kepelbagaian dalam sistem pendidikan, malahan tidak larangan kepada sesiapa untuk masuk ke sekolah terbabit.
"Sebagai contoh, di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, ada pelajar Melayu dan Cina. Tidak wujud sama sekali sekolah ini menyekat perpaduan," katanya dalam sidang media sempena Seminar Program Susu 1Malaysia, di sini, hari ini.
Tambahnya, program menyemarak perpaduan antara kaum perlu ditambah di semua peringkat pendidikan.
"Sebagai contoh, sekolah tamil di Sabak Bernam yang wujud sejak 150 tahun dahulu, tidak pernah timbul isu. Maka isunya ialah perpaduan dan isu ini bukan saja menjurus kepada sekolah rendah, tetapi perlu diperluas kepada Sekolah Menengah, IPTA dan IPTS.
#p.kamalanathan
#Sekolah Jenis Kebangsaan
#sekolah jenis kebangsaan cina
#Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil