Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan dalam talian (e-bidding) bermula 15 April ini.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata sistem e-bidding itu membolehkan pemilik kenderaan membida nombor plat pilihan tanpa perlu ke pejabat JPJ dan bertepatan dengan tema Hari Ulang Tahun Penubuhan JPJ ke 73 - 'Digitalisasi Ke Arah Integriti'.
"e-bidding akan bermula dengan siri nombor plat FC... bermakna, nombor itu akan ditender melalui online. Ia juga bukan tertakluk kepada kawasan sekitar negeri berkenaan contohnya di Putrajaya sahaja... ia akan bergerak, dibida oleh rakyat Malaysia di mana-mana menggunakan dalam talian," katanya.
Beliau berkata demikian selepas muncul dalam program Nine 11 terbitan Bernama News Channel (saluran Astro 502) di sini pada Selasa.
Tahun lepas, keputusan tender bagi siri nombor plat FB menunjukkan harga paling mahal ialah RM660,000 bagi siri FB 1, yang mirip kepada singkatan Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika (FBI).
Pada 2016, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar memenangi bidaan ke atas nombor plat F1 dengan nilai RM836,660 selain berjaya membida plat W1N pada 2014 dan WWW1 pada 2012 masing-masing bernilai RM748,000 dan RM520,000.
JPJ memperoleh RM280 juta melalui bidaan pendaftaran nombor plat kenderaan pada tahun 2017 manakala RM137 juta diperoleh menerusi belian biasa.
Datuk Seri Shaharuddin berkata e-bidding memudahkan pengguna mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan tanpa perlu menghantar borang seperti sebelum ini.
JPJ akan memperkenalkan satu lagi projek iaitu sistem pemanduan kenderaan secara elektronik yang menguji kenderaan di dalam bilik kawalan menggunakan pemanduan secara digital.
Sementara itu, beliau berkata Sambutan Hari Ulang Tahun Penubuhan JPJ ke-73 akan diadakan di Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya pada 15 April.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2019
Selepas ini, sebarang bidaan boleh dilakukan secara atas talian. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian.
Polis tahan dua lelaki tanam 143 pokok ganja
Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dan merampas kira-kira 1.7 kilogram ganja serta 143 pokok ganja dianggarkan bernilai RM3.6 juta.
Australia keluarkan amaran mengenai peningkatan eksploitasi kanak-kanak dalam talian
Australia mengeluarkan amaran berhubung peningkatan kes kanak-kanak terjerumus menghasilkan kandungan seksual dan ganas secara dalam talian.
Daftar Pemilih Tambahan Julai 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Julai Tahun 2024 (DPT BLN7/2024) telah diperaku dan diwartakan pada Rabu dan semakan dibuka selama 30 hari.
SSM lancar platform SSM Search, SAFEDATA-SSM, mudahkan akses maklumat entiti perniagaan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini melancarkan dua platform pembekalan maklumat korporat baharu iaitu SSM Search dan SAFEDATA-SSM.
MCMC bakal lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian - Teo
Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal melancarkan Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian yang komprehensif dalam masa terdekat.
Hari Kebajikan Haiwan pupuk kesedaran masyarakat, aduan dera haiwan meningkat
Hari Kebajikan Haiwan yang dianjurkan setiap tahun berjaya memberi impak positif dengan meningkatkan dan memupuk kesedaran masyarakat dalam menjaga kebajikan haiwan di negara ini.
Pihak berkaitan perlu tawarkan ganti rugi kepada AirAsia susulan gangguan IT - Tony
Pihak-pihak yang berkaitan perlu menawarkan pembayaran ganti rugi kepada AirAsia Group ekoran gangguan sistem teknologi maklumat (IT) global baru-baru ini.
Keputusan STPM 2023 diumum 23 Julai - MPM
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada Selasa depan (23 Julai).
Wanita "keldai akaun" ditahan sebabkan kerugian RM213,200
Polis menahan seorang wanita yang disyaki menjadi "keldai akaun" kepada sindiket penipuan tawaran kerja secara dalam talian yang tidak wujud menyebabkan mangsa kerugian RM213,200.