Sistem Amaran Berisiko Tinggi: 'Teliti corak jangkitan, pola tingkah laku' - Pakar Kesihatan Awam

Eton Khir
November 22, 2021 07:47 MYT
MALINA: Pemerhatian terhadap pola tingkah laku masyarakat dalam kebanyakan sektor juga perlu diperhatikan dan berleluasa pelanggaran SOP. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sistem Amaran Berisiko Tinggi yang bakal diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak seharusnya hanya berfokus pada taburan kawasan.
Sebaliknya, Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, KKM perlu melihat pada corak jangkitan termasuk peningkatan kluster secara ketara.
Ujarnya, inisiatif itu termasuk keadaan kelompok-kelompok tertentu di samping angka sedia ada menerusi indikator dalam pengurusan wabak COVID-19.
"Dan dalam masa yang sama, pemerhatian terhadap pola tingkah laku masyarakat dalam kebanyakan sektor juga perlu diperhatikan dan berleluasa pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP).
"Saya berpendapat ia juga perlu diberikan perhatian bagi mengelak kemungkinan berlakunya ledakan kes ataupun kluster baharu," katanya kepada Astro AWANI, pada Isnin.
Menurutnya, negara tidak boleh selesa dengan keadaan angka COVID-19 yang tidak menunjukkan penurunan ketara.
#COVID-19 #Malina Osman #KKM #Sistem Amaran Berisiko Tinggi
;