KUALA LUMPUR: Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM Bhd) mempunyai kepakaran dan fasiliti yang diperlukan untuk memastikan peralatan pengecas kenderaan elektrik (EV) di negara ini selamat, boleh dipercayai dan berfungsi.
Dalam satu kenyataan, SIRIM berkata, anak syarikatnya, SIRIM QAS International Sdn Bhd, mempunyai program pensijilan yang penting dalam mewujudkan dan membangunkan industri EV, memastikan keselamatan dan operasi stesen pengecasan.
Sistem pengecasan kenderaan elektrik (EVCS) yang boleh dipercayai dan selamat akan membantu kepercayaan sambil menggalakkan penerimaan mobiliti elektrik yang lebih meluas, katanya.
"Di SIRIM QAS International, kami mempunyai kepakaran dan fasiliti yang diperlukan untuk memastikan semua peralatan pengecasan adalah selamat, boleh dipercayai dan berfungsi.
"Dengan skim pensijilan kami, industri EV di Malaysia akan berupaya untuk maju dan berkembang tidak lama lagi," kata Ketua Pensijilan Produk SIRIM QAS, Muhammad Kamal Sabran.
Proses pensijilan itu melibatkan protokol ujian yang komprehensif, meneliti setiap aspek untuk memastikan pematuhan kepada keperluan keselamatan dan piawaian prestasi yang ketat.
SIRIM berkata, peningkatan EVCS telah menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan dan keabsahan sistem berkenaan.
"Inilah sebabnya mengapa prosedur mesti disediakan untuk menjamin pemandu di Malaysia tahap keselamatan dan kecekapan tertinggi daripada EVCS," katanya.
Industri automotif Malaysia kekal sebagai komponen yang penting, menyumbang empat peratus kepada KDNK negara dan merupakan pasaran automotif ketiga terbesar di ASEAN.
Bagaimanapun, langkah ke arah pengangkutan yang lebih hijau dan lebih mampan menimbulkan kebimbangan tentang prestasi, kebolehpercayaan dan keselamatan kereta EV.
Menurut Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon (2021-2030), Malaysia telah menetapkan sasaran untuk menyediakan 10,000 stesen pengecas awam menjelang 2025.
Sehubungan itu, pentingnya menekankan keperluan bagi prosedur yang mantap dalam memastikan keselamatan dan kecekapan tertinggi untuk EV, kata SIRIM.
Mengenai siapa yang patut mendapat pensijilan, ia berkata pensijilan itu melangkaui pengeluar untuk merangkumi pelbagai pihak berkepentingan dalam industri, termasuk pengilang pengecasan, pemasang, kontraktor bangunan, penyedia perkhidmatan automotif dan profesional penyelenggaraan EVCS.
"Usaha kolektif ini memastikan komitmen untuk menyediakan pengalaman pengecasan yang selamat dan boleh dipercayai untuk pemilik EV, memupuk budaya kecemerlangan dan menanamkan keyakinan terhadap pengilang, pengawal selia dan pelanggan.
"Dengan mengutamakan keselamatan, kebolehpercayaan dan kefungsian, Malaysia menerajui jalan ke arah negara yang mampan alam sekitar, menggalakkan mobiliti elektrik dengan yakin dan berintegriti," tambah SIRIM. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023

SIRIM QAS International Sdn Bhd, mempunyai program pensijilan yang penting dalam mewujudkan dan membangunkan industri EV. - Gambar hiasan

Imbau tragedi ngeri, berdoa kejadian tidak berulang setiap kali terlihat Highland Towers
Peristiwa itu menjadi titik mula kepada penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) JBPM.

Ragbi Malaysia intai khidmat tiga pemain naturalisasi
Ragbi Malaysia kini dalam proses mendapatkan tiga pemain naturalisasi bagi memperkuatkan skuad 15 sebelah kebangsaan.

JKR pantau 29 projek sakit, tiga faktor dikenal pasti
Sebanyak 29 daripada 801 projek fizikal yang sedang dalam pembinaan dan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit, setakat bulan lepas.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Impian berkecai, wang lesap: Jurukimpal Malaysia ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja
Warga Malaysia berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur itu sebaliknya terperdaya untuk bekerja di Siem Reap.

Sirim lantik Khairol Anuar sebagai pengerusi baharu
Pelantikan dibuat bagi menggantikan Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.

Pusat Inovasi Peranti Perubatan bakal pacu budaya inovasi syarikat tempatan
Pusat inovasi ini ditubuhkan bagi meningkatkan keupayaan industri dalam meneroka inovasi baharu dalam produk peranti perubatan mengikut keperluan pasaran semasa dan akan datang.

Waspada alat pengimbas suhu lebih murah dari harga pasaran - Rosol
Peniaga diingatkan agar berwaspada jika membeli alat pengimbas suhu digital yang lebih murah daripada harga pasaran kerana dikhuatiri tidak berkualiti.

Tayar celup disahkan Sirim, selamat digunakan
Datuk Seri Nadzri Siron berkata kewujudan tayar celup tanpa pengesahan daripada pihak SIRIM yang dikeluarkan syarikat yang tidak berlesen adalah berisiko tinggi mendatangkan kemalangan.

Alat jimat tenaga tanpa kelulusan Sirim bahaya
Ismail Lathifi Teh berkata kebanyakan alat penjimatan tenaga elektrik yang tiada kelulusan Sirim ini berkualiti rendah.

Keputusan mengenai kajian peranti, perisa cecair vape diumum tidak lama lagi
Ketika ini Malaysia tidak mempunyai standard yang boleh diguna pakai terhadap penggunaan peranti dan perisa cecair untuk rokok elektronik.