KUALA LUMPUR: SIRIM Bhd menjalankan pelbagai peringkat ujian untuk mengesahkan proses serta memastikan produk akhir vaksin Sinovac yang diterima secara pukal dari China dan dibotolkan di sini melalui Pharmaniaga Bhd, selamat dan berkesan.
Pengurus Besar Pusat Penyelidikan Bioteknologi Industri SIRIM (IBRC) Dr Ahmad Hazri Ab Rashid berkata ujian yang diperlu dilakukan di Malaysia adalah sebahagian daripada proses pengesahan untuk mengumpul dan menilai data yang diberikan semasa peringkat reka bentuk proses sepanjang pengeluaran.
Ia bagi mendapatkan bukti saintifik seperti ketoksikan, kestabilan dan potensi produk pukal dan akhir untuk menjamin keselamatan dan kualiti.
Beliau berkata IBRC, yang kini menjalankan Ujian Keselamatan - Ujian Ketoksikan Abnormal dan Imunoassai (Potensi Relatif) serta ujian pada haiwan, telah menerima vaksin dua hingga tiga kumpulan setiap minggu sejak Mac lepas dalam kontena khas yang menjaga suhu pada dua hingga lapan Celsius.
"Vaksin itu kemudian dikumpulkan dan disimpan pada suhu bilik selama lebih dari dua jam sebelum disuntik pada tikus atau marmut untuk memeriksa tingkah laku, berat badan dan kematian yang tidak normal selama 24 jam hingga tujuh hari selepas suntikan untuk ujian ketoksikan yang tidak normal
"Sementara itu, bagi imunoassai, 14 hari selepas suntikan, kami akan mengeluarkan darah. Kit "Enzyme-Linked Immunosorbent Assay" akan digunakan untuk mengesan titer antibodi serum tikus terhadap vaksin rujukan," katanya kepada Bernama dalam temu ramah dalam talian.
Selepas itu, nisbah potensi relatif antara titer antibodi ujian dengan vaksin rujukan dos yang sama akan dikira.
Beliau berkata jangka masa yang diberikan kepada SIRIM untuk menjalankan ujian ketoksikan yang tidak normal adalah lapan hari sementara untuk imunoassai selama 14 hari.
Menjelaskan mengenai proses itu, beliau berkata Pharmaniaga melaksanakan proses pengisian ke dalam botol bebuli sebelum dilabel dan dibungkus.
Sampel bebuli akan diuji dengan teliti untuk diserahkan kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebelum dikeluarkan yang meliputi ujian potensi, ketoksikan, mikrobiologi, kimia dan ciri fizikal.
Dr Ahmad Hazri berkata bebuli vaksin akan dihantar kepada kerajaan untuk diedarkan ke pusat vaksinasi setelah diluluskan oleh NPRA dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dari segi pengesanan produk dan suhu penyimpanan bagi memastikan tiada kesilapan dalam proses vaksinasi.
Malaysia menerima 3,687,880 dos Sinovac pada 21 Jun.
Menyentuh mengenai vaksin COVID-19 buatan Malaysia yang kini berada di tahap pengklonan, Dr Ahmad Hazri berkata SIRIM berharap dapat menjadi sebahagian daripada program pembangunan vaksin itu.
"Kami berharap dapat menyokong kerajaan dengan menyediakan persekitaran kemudahan pengujian. Bagi vaksin baharu, akan ada lebih banyak ujian yang diperlukan bukan hanya ujian kimia dan fizikal tetapi juga ujian biologi dan praklinikal," tambahnya.
Dilaporkan, Malaysia sedang membangunkan dua vaksin COVID-19 dan vaksin yang sedang dibangunkan itu adalah vaksin mRNA dan vaksin yang tidak aktif dalam usaha meningkatkan kemampuan pembangunan vaksin negara bagi menghadapi pandemik di masa depan.
Dr Ahmad Hazri juga menegaskan bahawa SIRIM telah membangunkan kemudahan menjalankan pelbagai ujian dan terus bekerjasama dengan kerajaan, makmal ujian saintifik dan industri farmasi untuk memberikan sokongan perkhidmatan yang menyeluruh dan memastikan Malaysia dapat melakukan pembangunan program vaksin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 28 2021
Malaysia menerima 3,687,880 dos Sinovac pada 21 Jun. - Gambar fail/ Reuters
Jiwa SME: Reclimate Sdn Bhd: Inovasi Teknologi Bersih Mengubah Sisa Pertanian Menjadi Biochar
Berpusat di Kuala Lumpur, Reclimate Sdn Bhd berada di barisan hadapan inovasi teknologi bersih, mengubah sisa pertanian menjadi biochar untuk meningkatkan kesihatan tanah dan mengurangkan pelepasan karbon. Platform digital mereka menggunakan IoT untuk memastikan ketelusan dan memperkasa petani dengan kredit karbon berkualiti tinggi.
Siasatan ke atas GISBH, 740 rakaman percakapan direkod - KPN
Tindakan ini diambil menerusi Op Global yang dilaksanakan bagi fasa pertama dan kedua.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 18 September 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejajar jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk mengurangkan kadar faedah minggu depan, ringgit dijangka terus mengukuh dalam tempoh urus niaga singkat pada minggu ini.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 18 Sept 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi Ringgit Malaysia berbanding dolar Singapura.
Unpacking the key drivers fueling economic expansion in 2024
Discussion with Chief Executive Officer, BIMB Securities Sdn Bhd, Dr. Rosnani Rasul to understand the multifaceted dynamics shaping Malaysia's economic landscape in 2024. From projected GDP growth and robust private consumption to navigating global economic conditions and commodity price volatility, the country faces both opportunities and challenges.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 8.13 pagi, ringgit susut kepada 4.2610/2785 berbanding dolar US daripada 4.2535/2645 ketika ditutup pada Selasa.
Piala EFL: Manchester United pesta jaringan di Old Trafford, belasah kelab divisyen tiga
Rashford menjaringkan gol pertama sejak pertengahan Mac ketika melakar kemenangan aksi Liga Perdana Inggeris ke atas Southampton.
Keterjaminan Makanan: Tingkat kelangsungan bekalan beras negara
Untuk mengulas lanjut berkenaan industri padi beras negara, serta usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan tahap sara diri, kita bersama dengan Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan
Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).
Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).
Awani Pagi: PT3 dan UPSR: Ketinggalan zaman atau masih relevan?
Diskusi bersama Dr. Anuar Ahmad, Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengenai implikasi pengembalian PT3 dan UPSR serta kesan perubahan dasar pendidikan terhadap masa depan pelajar dan sistem pendidikan kita.
[Data & Statistik]: Industri padi & beras negara
Niaga AWANI berkongsi beberapa data penting yang memberi gambaran serta realiti sebenar berkenaan industri padi dan beras di negara ini.
Sirim lantik Khairol Anuar sebagai pengerusi baharu
Pelantikan dibuat bagi menggantikan Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.
Pusat Inovasi Peranti Perubatan bakal pacu budaya inovasi syarikat tempatan
Pusat inovasi ini ditubuhkan bagi meningkatkan keupayaan industri dalam meneroka inovasi baharu dalam produk peranti perubatan mengikut keperluan pasaran semasa dan akan datang.
Waspada alat pengimbas suhu lebih murah dari harga pasaran - Rosol
Peniaga diingatkan agar berwaspada jika membeli alat pengimbas suhu digital yang lebih murah daripada harga pasaran kerana dikhuatiri tidak berkualiti.
Tayar celup disahkan Sirim, selamat digunakan
Datuk Seri Nadzri Siron berkata kewujudan tayar celup tanpa pengesahan daripada pihak SIRIM yang dikeluarkan syarikat yang tidak berlesen adalah berisiko tinggi mendatangkan kemalangan.
Alat jimat tenaga tanpa kelulusan Sirim bahaya
Ismail Lathifi Teh berkata kebanyakan alat penjimatan tenaga elektrik yang tiada kelulusan Sirim ini berkualiti rendah.
Keputusan mengenai kajian peranti, perisa cecair vape diumum tidak lama lagi
Ketika ini Malaysia tidak mempunyai standard yang boleh diguna pakai terhadap penggunaan peranti dan perisa cecair untuk rokok elektronik.