SINGAPURA: Singapura yakin ia dapat melancarkan Laluan Vaksinasi Perjalanan (VTL) darat dengan Malaysia 'pada hujung bulan ini hampir dengan pelancaran VTL perjalanan udara' yang dijadual pada 29 Nov.
Singapura optimis akan dapat melancarkan Laluan Perjalananan Vaksinasi (VTL) darat dengan Malaysia "pada tarikh lebih kurang sama dengan pelancaran VTL udara" yang dijadualkan pada Nov 29.
"Ada kemungkinan ia dilancarkan pada hari yang sama.
"Tetapi saya perlu jelaskan di sini bahawa butirannya masih dalam proses dan kami harap ia dapat diumumkan rancangan itu pada minggu depan supaya rakyat Singapura yang ingin membuat perjalanan dapat membuat perancangan sepatutnya," kata Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Pelbagai kementerian (MTF) mengenai COVID-19 republik itu, Gan Kim Yong pada sidang media maya di sini hari ini.
BACA: Jalan darat Malaysia, Singapura dibuka 29 November ini
Gan menjawab soalan mengenai tarikh sebenar pembukaan semula sempadan darat Johor Bahru-Singapura yang dilaporkan akan dilaksanakan pada 29 Nov - hari yang sama dengan VTL udara.
Beliau merangkap Menteri Perdagangan dan Industri berkata perincian mengenai bagaimana rakyat Singapura boleh menempah tiket dan menyusun perjalanan akan diumumkan kemudian - mungkin minggu depan.
"Kami akan mulakan bilangan lebih kecil dengan had kuota tertentu," tambahnya.
Menteri itu menegaskan fasa pertama VTL darat berkemungkinan menumpukan kepada "kumpulan individu yang mempunyai keperluan untuk bersatu semula dengan keluarga mereka.
"Keutamaan diberi untuk keluarga yang telah lama terpisah sejak permulaan COVID-19.
"Ada yang bekerja di sini dan ada juga warga Singapura yang bekerja di Malaysia. Mereka mahu pulang untuk bertemu dengan ahli keluarga mereka," katanya.
"Selepas itu, kami akan lihat bagaimana skopnya boleh diperluas untuk membolehkan lebih ramai orang melakukan perjalanan.
"Kita mahukan pastikan kita dapat lakukannya dengan cara yang selamat melalui ujian saringan dan lain-lain bagi memastikan VTL darat ini terus membolehkan rakyat, penduduk dan PR dari kedua-dua negara selamat dalam perjalanan," katanya.
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, pada 18 Nov, berkata VTL melalui Tambak dan Link Kedua akan dibuka serentak dengan VTL antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 Nov.
Fasa awal VTL darat juga dilaporkan akan dibuka kepada mereka yang menggunakan pengangkutan awam seperti kereta api dan bas kerana ia akan lebih mudah diurus berbanding membenarkan orang ramai memandu kereta dan motosikal mereka sendiri merentasi sempadan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 20 2021
Fasa pertama VTL darat berkemungkinan menumpukan kepada "kumpulan individu yang mempunyai keperluan untuk bersatu semula dengan keluarga mereka. - Gambar fail
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
VTL Thailand dan Kemboja: Malaysia sudah bersedia, setanding negara maju - MATA
Minggu lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan laluan baharu VTL ke Thailand dan Kemboja, selepas Singapura.
PRN Johor: Pengundi mula pulang dari Singapura untuk tunai tanggungjawab
Menjelang hari pengundian platform bas VTL di Larkin Sentral dipenuhi penumpang yang pulang ke tanah air dari Singapura antaranya mahu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
PRN Johor: Sukarelawan bantu bawa masuk undi pos rakyat Johor di Singapura guna VTL darat
Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjalin kerjasama bagi memudahkan urusan rakyat Johor yang berada di Singapura menjalankan tanggungjawab mereka mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
SOP ulang alik harian ke Singapura dimuktamad minggu depan - Khairy
Perkara itu dijangka akan dimuktamadkan minggu hadapan selepas penelitian beberapa aspek dibuat termasuk perbincangan dengan pihak berkuasa negara berkenaan.
Pembukaan sempadan: PM akan umum minggu depan - Khairy
Mesyuarat Kabinet pada Jumaat telah bersetuju dengan keputusan itu.
VTL: Laluan baharu antara Malaysia-Thailand-Kemboja bermula 15 Mac
Pengembara yang telah divaksin sepenuhnya akan dibenarkan melalui laluan itu, tanpa perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan.
Malaysia runding VTL dengan 12 negara termasuk Korea Selatan, Australia, UK
Kerajaan sedang mengadakan rundingan dengan 12 negara bagi cadangan pelaksanaan kerjasama Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL), kata Kementerian Luar.
Miri, Limbang, Lawas antara daerah dapat manfaat pelaksanaan VTL bersama Brunei
Ini adalah merupakan sebahagian usaha kerajaan untuk mengangkat kembali ekonomi tempatan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Buka sempadan: Malaysia, Thailand setuju laksana VTL
Malaysia dan Thailand bersetuju perbincangan agensi digiatkan untuk buka semula sempadan kedua-dua negara.
Singapura-Malaysia bincang perluas VTL darat untuk kenderaan persendirian
Singapura sedang berbincang dengan Malaysia mengenai memperluaskan pengaturan Laluan Perjalanan Bervaksin (VTL) darat untuk kenderaan dan koc persendirian.