Singapura beri penghormatan kepada Tun Mahathir

Harits Asyraf Hasnan
November 12, 2018 11:40 MYT
Dr Mahathir dan Hsien Loong memeriksa kawalan kehormat sambil lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberi sambutan negara oleh Kerajaan Singapura dengan memeriksa kawalan kehormat sejurus tiba di The Istana di sini hari ini.
Ketibaan beliau bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali disambut oleh rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching.
Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan sebelum Dr Mahathir dan Hsien Loong memeriksa kawalan kehormat.
Beliau kemudian mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura, Halimah Yacob.

Perdana Menteri, Tun Dr @chedetofficial diberi sambutan negara oleh Kerajaan Singapura dengan memeriksa kawalan kehormatan sejurus tiba di The Istana. @501Awani pic.twitter.com/l8WWuwgXrT

— Asyraf Hasnan AWANI @ ASEAN Summit 2018 (@AsyrafAWANI) November 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hsien Loong dan isteri kemudian menghoskan majlis makan tengah hari bagi meraikan Dr Mahathir dan isteri, selepas Majlis Penamaan Bunga Orkid.
Terdahulu, Dr Mahathir tiba di Singapura pukul 8.40 pagi sempena lawatan rasmi dua hari sebelum menyertai sembilan lagi ketua kerajaan untuk Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33.

Perdana Menteri @chedetofficial dan isteri, selamat tiba di Singapura 8.40 pagi tadi bagi menghadiri lawatan kerja dan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 @501Awani pic.twitter.com/6ZIjFqzRhC

— Asyraf Hasnan AWANI @ ASEAN Summit 2018 (@AsyrafAWANI) November 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lawatan itu adalah sebahagian daripada lawatan pengenalan peringkat tinggi Dr Mahathir ke negara-negara ASEAN selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada Mei lepas.
Antara yang mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking serta pegawai kanan daripada Pejabat Perdana Menteri dan Wisma Putra.

Singapore President Halimah Yacob receives a courtesy call from Prime Minister Tun Mahathir @chedetofficial pic.twitter.com/4PBD1dVchL

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dr Mahathir @chedetofficial tiba di Singapura, program tanpa henti menanti Perdana Menteri https://t.co/jsGRWHdp5U pic.twitter.com/GPp2zijVVh

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ASEAN #kawalan kehormat #Lee Hsien Loong #Mahathir Mohamad #Perdana Menteri #Singapura
;