BUTTERWORTH: Dua lelaki warga United Kingdom masing-masing dihukum penjara enam bulan dan denda RM100,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth kerana terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian antarabangsa sejak 2016.
Kedua-dua tertuduh Lloyd George Bedwell, 48, dan Roger Hoi Wing Wu, 46, mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Inggeris di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Mengikut pertuduhan pertama, George Bedwell dan Wing Wu secara bersama bersama seorang lagi yang masih bebas Jacob Yazdi pada 16 Disember 2022 di Island Plaza Tower, Tanjung Tokong, Pulau Pinang dengan niat bersama menipu seorang warga Austria, Trevor Ronald John Curtis untuk membeli saham di syarikat Devon Energy Corporation.
Tindakan tertuduh menyebabkan mangsa menyerahkan wang berjumlah AUD8,991.92 untuk tujuan pelaburan di mana mangsa tidak akan berbuat demikian jika tidak diperdayakan.
Bagi pertuduhan kedua, George Bedwell dan Wing Wu bersama Jacob Yazdi secara bersama pada 5 Januari 2023 di lokasi sama telah menipu seorang warga Austria, Kimberley John Bruist Walker untuk membuat pelaburan dalam syarikat sama yang mana mangsa tidak akan menyerahkan wang sebanyak AUD8,573 jika tidak diperdaya.
Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.
Hukuman penjara ke atas kedua-dua tertuduh berkuatkuasa sejak mereka ditahan pada 22 Februari lalu selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib, Afiqa Liyana Rozman dan Norazura Zulkifli manakala kedua -dua tertuduh diwakili peguam V Muniandy dan Ashok Athimulan.
Kedua-dua tertuduh ditahan dalam Op Tropicana pada 21 Februari lalu di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang membabitkan beberapa agensi penguat kuasa diketuai SPRM susulan aduan dari mangsa warga Auatralia dan UK yang mendakwa ditipu anggota sindiket berkenaan.
Ketika ditahan, tertuduh berada dalam sebuah bilik yang dijadikan pusat operasi atau 'boiler room' di tingkat 4, Island Plaza Tower, Tanjung Tokong, Pulau Pinang.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Mar 17 2023
Lloyd George Bedwell dan Roger Hoi Wing Wu mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Inggeris di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah. -Astro AWANI
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Wanita rugi lebih RM20,000 angkara 'love scam'
Selepas berkenalan, mangsa diberikan satu pautan di Google Chat bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih mudah.
Penolong pegawai IT rugi lebih RM153,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa mendakwa terlibat dengan penipuan pelaburan berasaskan bitcoin setelah mengenali seorang individu menerusi aplikasi Tinder.
Guru rugi lebih RM80,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Wanita itu mulanya berminat dengan satu tawaran pelaburan digital ketika melayari Facebook 8 September lepas.
Bekas pegawai kewangan rugi hampir RM500,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa mengakui pertimbangannya dikaburi dengan sifat tamak, dengan bertindak menekan pautan yang diberikan dan dimasukkan ke ruang sembang.
11 rakyat Malaysia mangsa penipuan pekerjaan di Kemboja, diselamatkan dan dibawa pulang
Kementerian Luar, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, berjaya memudah cara kepulangan 11 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Sihanoukville, Kemboja.
Peniaga wanita rugi hampir RM500,000 diperdaya sindiket penipuan
Mangsa diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan pegawai polis.
Peniaga rugi hampir RM500,000 diperdaya sindiket penipuan
Lelaki berusia 42 tahun itu diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai MCMC dan polis kononnya terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.
Suri rumah rugi hampir RM700,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang suri rumah kerugian RM690,000 selepas terperdaya skim pelaburan tidak wujud dalam talian yang menjanjikan pulangan berganda.