GEORGE TOWN: Tindakan sindiket pengedaran dadah antarabangsa menyembunyikan dadah dalam peralatan mewarna krayon sebelum dihantar melalui syarikat kurier ke luar negara, berjaya dibongkar polis susulan penahanan seorang lelaki dalam serbuan di tepi jalan di George Town, di sini Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata ekoran penahanan lelaki berusia 25 tahun pada 11.30 malam itu, polis berjaya membongkar sindiket tersebut yang beroperasi sejak pertengahan tahun lepas untuk pasaran dadah luar negara.
Katanya susulan penahanan lelaki itu, polis menyerbu sebuah rumah sewa di Lebuh Sungai Pinang di sini dan merampas syabu seberat 1.02 kilogram (kg) serta ketamin 77 gram (g) bernilai RM48,636, dan pelbagai peralatan membungkus semula dadah.
"Berdasarkan siasatan, sindiket itu membungkus semula syabu di dalam batang-batang krayon berwarna dengan memotong bahagian bawah krayon itu dan mengisinya dengan dadah seberat tujuh gram bagi setiap satu batang krayon.
"Setiap bungkusan yang mengandungi 48 batang (krayon) dengan lebih 300g dadah bernilai RM30,000, akan dihantar ke luar negara menggunakan syarikat kurier. Difahamkan dadah tersebut jika dijual di luar negara harganya lebih dua kali ganda nilai pasaran kita," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata polis turut menyita sebuah kereta bernilai RM34,000 dari penganggur itu, yang didapati positif dadah.
Sementara itu, Soffian berkata polis berjaya menumpaskan makmal mini memproses dadah dan menghasilkan campuran methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dalam minuman paket segera, selepas menyerbu sebuah rumah dalam operasi yang dijalankan selama dua hari bermula 13 Mei lepas di Jelutong, di sini.
"Polis pada mulanya menahan seorang lelaki berusia 36 tahun sebelum menyerbu rumah sewa yang dijadikan makmal memproses dadah, dan susulan serbuan tersebut kami merampas serbuk MDMA seberat 3.32 kg yang yelah diisi dalam 97 paket minuman segera seperti kopi dan teh tiga dalam satu, serta jus buah-buahan.
"Kami turut merampas ketamin sebanyak 67.43g, syabu (18g), pil eramin 5 (160 biji) serta pil ekstasi sebanyak 24 biji, yang kesemuanya termasuk MDMA bernilai RM180,860," katanya.
Soffian sindiket itu dipercayai terlibat dalam kegiatan memproses dan mengedar dadah sejak bulan Mac lepas, serta usaha mengesan rangkaian sindiket tersebut giat dijalankan.
"Dalam serbuan itu, polis turut menyita sebuah kereta bernilai RM31,000 dan wang tunai sebanyak RM2,120 daripada lelaki yang positif dadah, serta mempunyai pelbagai rekod lampau," katanya.
Menurutnya lelaki yang tidak bekerja itu direman sehingga 18 Mei, bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022
![Sindiket pengedaran dadah antarabangsa guna krayon tumpas Sindiket pengedaran dadah antarabangsa guna krayon tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652788895_KetuaPolisDaerahT.jpg)
Polis percaya, sindiket itu membungkus semula syabu di dalam batang-batang krayon berwarna. - Gambar/ Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
![Nur Farah Kartini dipercayai dibunuh, penjawat awam ditahan Nur Farah Kartini dipercayai dibunuh, penjawat awam ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721056502_tbNurFarahKartini.jpg)
Nur Farah Kartini dipercayai dibunuh, penjawat awam ditahan
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
![JSJK minta mangsa taktik penipuan 'deepfake' tampil buat laporan polis JSJK minta mangsa taktik penipuan 'deepfake' tampil buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720426820_RamliMohamedYoosuf.jpg)
JSJK minta mangsa taktik penipuan 'deepfake' tampil buat laporan polis
"Penipuan seperti ini memang sebenarnya berlaku dan ia semakin hari kita jangka akan terus berlaku."
![Kanak-kanak perempuan melecur terkena seterika Kanak-kanak perempuan melecur terkena seterika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721036680_bayigeneric.jpg)
Kanak-kanak perempuan melecur terkena seterika
Seorang kanak-kanak perempuan melecur di bahagian badan akibat terkena seterika dalam kejadian dekat sebuah rumah di Ara Damansara pada Isnin.
![Polis cedera parah dirempuh pemandu mabuk ketika bertugas Polis cedera parah dirempuh pemandu mabuk ketika bertugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720962022_tbanggotapolistraf.jpg)
Polis cedera parah dirempuh pemandu mabuk ketika bertugas
Seorang anggota polis trafik cedera parah akibat dirempuh pemandu mabuk ketika sedang mengawal lalu lintas di Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya pagi tadi.
![Lima individu diambil keterangan bantu kes termakan makanan ringan beracun Lima individu diambil keterangan bantu kes termakan makanan ringan beracun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716456851_FisolSallehjpg.jpg)
Lima individu diambil keterangan bantu kes termakan makanan ringan beracun
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata kesemua individu itu dipanggil dan diambil keterangan sejak hari kejadian sehingga semalam.
![Polis rekod keterangan pelakon tumbuk teman wanita Polis rekod keterangan pelakon tumbuk teman wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703147857_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Polis rekod keterangan pelakon tumbuk teman wanita
Keterangan pelakon itu direkod kira-kira jam 9 malam tadi selepas hadir bersama bapanya.
![Dua mayat ditemui kembung, berbau dalam kereta di tepi jalan Dua mayat ditemui kembung, berbau dalam kereta di tepi jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720656555_Duamayatditemuike.jpg)
Dua mayat ditemui kembung, berbau dalam kereta di tepi jalan
Siasatan awal mendapati kedua-dua si mati berkemungkinan sudah meninggal dunia lebih daripada lima hari.
![Tiada perkembangan terbaru kes simbah asid Faisal Halim - Mohd Shuhaily Tiada perkembangan terbaru kes simbah asid Faisal Halim - Mohd Shuhaily](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720530400_TBMohdShuhaily.jpg)
Tiada perkembangan terbaru kes simbah asid Faisal Halim - Mohd Shuhaily
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata biarpun tanpa perkembangan terkini, pihaknya sentiasa giat dan tidak berhenti menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.
![Polis Johor bongkar sindiket eksploitasi OKU asing jadi pengemis Polis Johor bongkar sindiket eksploitasi OKU asing jadi pengemis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720520693_BeggarGeneric.jpg)
Polis Johor bongkar sindiket eksploitasi OKU asing jadi pengemis
Sindiket itu beroperasi sejak April lepas dan setiap pengemis OKU mampu mengutip derma mencecah RM8,000 sebulan.