KUALA LUMPUR: Tujuh individu dipercayai ejen Jabatan Kastam Diraja Malaysia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mengurangkan duti kereta mewah secara tidak sah sehingga menyebabkan ketirisan agensi itu kira-kira RM33 juta.
Kesemua suspek berusia 30-an hingga 60-an itu ditahan secara berasingan antara pukul 5 petang dan 10.30 malam Khamis ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Kedah.
Majistret Nurshahida Abdul Rahim membenarkan perintah reman empat hari sehingga Isnin depan, di Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah pagi tadi.
"Kesemua suspek dipercayai bersubahat dengan pemilik kereta terlibat untuk mengemukakan dokumen mempunyai maklumat palsu bagi tujuan mendapatkan pengurangan penilaian duti Kastam sedangkan kenderaan tersebut tidak layak menerimanya," katanya di sini, pada Jumaat.
Difahamkan, selain Kedah, SPRM turut menyerbu beberapa premis perniagaan, pejabat agensi kerajaan serta kediaman di sekitar Lembah Klang, Johor, Perak dan Sabah.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Umavathi Ramayah
Fri Jul 14 2023
Kesemua suspek berusia 30-an hingga 60-an itu ditahan secara berasingan antara pukul 5 petang dan 10.30 malam Khamis ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Kedah. - Foto SPRM
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.
Lapan pelajar sekolah agama swasta didakwa cederakan pelajar lain
Lapan pelajar sebuah sekolah agama swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap tiga pelajar lain di Rembau, bulan lepas.
Ahli perniagaan didenda RM4,600 miliki bahan lucah
Seorang ahli perniagaan dalam industri kecantikan didenda RM4,600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengakses dan menyimpan bahan lucah dalam dua telefon pintar, semalam.
Pembantu kedai makan didakwa tipu dalam penjualan kenderaan
Seorang pembantu kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu dalam penjualan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard bulan lepas.
Lelaki warga emas didakwa menipu, curi
Seorang lelaki berusia 64 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki berusia 70 tahun di sebuah bank di Jalan Ulu Lanang, di sini Ogos lepas.
Dua warga Myanmar, seorang lelaki didakwa bunuh penganggur
Seorang pemandu traktor dan dua warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki minggu lepas.
Lelaki didakwa jalankan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan perniagaan memberikan pinjaman wang tanpa lesen, Isnin lepas.
Pecah masuk kedai, curi: Tiga lelaki dihadapkan di lima Mahkamah Majistret
Tiga lelaki termasuk seorang warga Myanmar dihadapkan ke lima Mahkamah Majistret atas pertuduhan pecah masuk kedai runcit dan mencuri kenderaan antara Ogos dan Oktober ini.
Warga asing ditahan kerana pukul pemandu e-panggilan selepas ditegur akibat muntah
Dua warga asing ditahan kerana disyaki memukul seorang pemandu e-panggilan selepas ditegur kerana termuntah di dalam kereta yang dinaiki mereka, dalam kejadian di Kampung Cheras Baru.
Peguam tidak mengaku salah dengan sengaja sebabkan kecederaan
Goh Suan Poi membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Evangelin Simon Silvaraj.