Sindiket dadah guna perkhidmatan kurier di Terengganu tumpas

Nur Fazlizai Ali
Oktober 15, 2021 10:01 MYT
Polis mengesan pengedaran dadah menggunakan perkhidmatan kurier menjadi 'trend' sejak beberapa bulan kebelakangan ini. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu berjaya menghidu kegiatan pengedaran dadah yang menggunakan perkhidmatan kurier bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Terengganu, Superintendan Tium Ming Kung berkata taktik licik berkenaan mula dikesan pada Jun lalu.
Katanya sebanyak tiga kes telah dikesan membabitkan satu kes di daerah Kuala Terengganu dan dua kes di daerah Marang.
"Penggunaan syarikat pembukusan menjadi trend pengedar dan 'pusher' tempatan cuba mengambil kesempatan penggunaan bungkusan tersebut untuk mengedar dadah dan isytihar sebagai barangan kosmetik.
"Namun kami mempuyai maklumat dan kerjasama dengan pihak syarikat kami mengesan bungkusan ini mengandungi dadah," katanya.
Sementara itu Tium berkata pada September lalu pihak berjaya menahan seorang buruh berusia 30-an di sebuah syarikat kurier.
Beliau berkata susulan penahanan itu pihak polis menemui lebih 50 gram dadah dipercayai jenis heroin.
Tium berkata pihaknya mengesan pengedaran dadah menggunakan perkhidmatan kurier menjadi 'trend' sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Justeru itu pihaknya juga akan terus bekerjasama dengan syarikat-syarikat kurier dalam usaha membendung kemasukan bahan terlarang tersebut.
#Dadah #kurier #sindiket #narkotik
;