Simulasi kaedah baru pemilihan UMNO

Astro Awani
September 2, 2013 08:54 MYT
Umno akan menjalankan simulasi kaedah baru pemilihan parti selama tiga minggu mulai minggu ini.
Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata simulasi itu akan meliputi semua sudut termasuk kaedah pendaftaran, undian dan perkiraan undi.
Rauf berkata jawatankuasa pemilihan akan bersidang pada Khamis ini dan wakil-wakil seluruh negara akan dipanggil untuk menjalankan simulasi di Pusat Latihan Umno di Janda Baik.
Kaedah baharu ini katanya akan memperlihatkan satu pendekatan terbaik dalam memilih pemimpin akar umbi.
Klik pada video untuk berita sepenuhnya.
#pemilihan #Simulasi #UMNO