Siling Megah Rise Mall runtuh, tiga individu cedera

Astro Awani
Oktober 28, 2023 13:08 MYT
Pihak pengurusan menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya sedang mengambil tindakan segera bagi menangani masalah runtuhan itu selain menyiasat punca kejadian.- x @nanmanjoi8715
KUALA LUMPUR: Tiga individu cedera selepas bahagian siling pusat beli-belah Megah Rise Mall, runtuh akibat hujan lebat dan angin kencang pada Sabtu.
Kejadian berlaku sekitar jam 3 petang, membabitkan runtuhan siling di bahagian pintu masuk premis berkenaan.
Klip video berdurasi 37 saat itu turut menunjukkan pengawal keselamatan mengarahkan pengunjung keluar dari premis berkenaan.
Pihak pengurusan menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya sedang mengambil tindakan segera bagi menangani masalah runtuhan itu selain menyiasat punca kejadian.
"Duka cita dimaklumkan bahawa siling di hadapan pintu masuk Megah Rise Mall runtuh pada jam 3 petang.
"Ia mengakibatkan tiga orang mengalami kecederaan dan keutamaan kami ketika ini adalah keselamatan dan kesejahteraan komuniti. Kami akan maklumkan perkembangan dari semasa ke semasa," katanya.

1. Three people sustained minor injuries after the ceiling of the car porch in front of Megah Rise Mall entrance collapsed at around 3pm today. The incident occurred during strong winds and heavy downpours, says the management of the mall, which is located in Taman Megah, PJ. pic.twitter.com/0YPAod5lSH

— BFM News (@NewsBFM) October 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Katanya, orang ramai boleh menghubungi pihak pengurusan pusat beli-belah itu melalui e-mel di megahrisemall@ppb.com.my untuk pertanyaan lanjut.
Terdahulu, tular satu klip video di media sosial memaparkan detik cemas beberapa pengunjung bertempiaran lari menyelamatkan diri ketika siling pusat beli-belah itu runtuh.
#media sosial #hujan lebat #Megah Rise Mall #siling runtuh