Siling lobi hotel runtuh, seorang cedera

Astro Awani
Oktober 14, 2018 18:47 MYT
Siling lobi hotel Hilton Kuala Lumpur runtuh pagi tadi. - JBPM Kuala Lumpur
Seorang lelaki warga Bangladesh cedera apabila siling lobi di sebuah hotel runtuh hari ini.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, insiden tersebut berlaku di Hilton Kuala Lumpur dekat KL Sentral pada pukul 3.40 pagi tadi.
Mangsa yang jatuh dari ketinggian 40 kaki itu mengalami kecederaan pada bahagian kepala. Dia telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan.
Selepas mendapat panggilan kecemasan, kekuatan anggota seramai 26 orang dikejarkan dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat – Pantai, Hang Tuah dan Seputeh.
Difahamkan, siling berukuran 1,500 kaki persegi itu runtuh akibat kerja-kerja pembaikpulihan pendawaian elektrik.
Sementara itu, pihak pengurusan hotel mengesahkan tiada mangsa lain terlibat dalam insiden terbabit.
#hotel #kl hilton #siling
;