Siling hotel runtuh, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Haider Yutim
Mac 13, 2014 23:21 MYT
Siling Hotel Concorde di Shah Alam runtuh petang tadi menyebabkan sebahagian besar dari lobinya musnah.
Bagaimanapun menurut laporan tiada individu yang tercedera dalam kejadian jam 5.30 petang itu.
Menurut laporan lagi, pengawal keselamatan hotel tersebut telah memaklumkan premis itu sedang dalam proses pengubahsuaian.
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu pihaknya tiada menerima laporan kejadian itu.
Bagaimanapun, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya telah mengambil maklum tentang perkara tersebut.
"Kami tidak dipanggil... mungkin runtuh biasa sahaja," katanya.
Hotel Comcorde Shah Alam merupakan hotel taraf empat bintang yang dibina pada tahun 1996 yang memiliki 381 bilik dilengkapi kemudahan moden dan mewah.
Selain terletak di tengah-tengah bandar Shah Alam, ia merupakan satu-satunya hotel di Shah Alam yang memilik tiga jenis sijil halal.

Lobby Hotel #concord shah alam runtuh pic.twitter.com/s0FGtPns4m

— YMMiorazlan_PBM (@YMMiorAzlan) March 13, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Lobby roof collapse in Concorde Hoteĺ Shah Alam. Luckily no deaths. @Bomba_Selangor pic.twitter.com/tkruaJt6OL

— Nicholas Cheng (@nichocheng) March 13, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bomba #Hotel Concorde #lobi #runtuh #shah alam #siling
;