Siling auditorium runtuh, kakitangan kerajaan cemas

Sinar Harian
Januari 13, 2022 06:00 MYT
Runtuhan siling di tingkat 11 bangunan Wisma Dang Bandang, Kota Kinabalu. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Ratusan kakitangan kerajaan cemas apabila berlaku runtuhan siling auditorium di tingkat 11 bangunan Wisma Dang Bandang di sini pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, bangunan berusia lebih 35 tahun yang menempatkan tujuh agensi kerajaan turut bergegar berikutan runtuhan berkenaan.
Difahamkan, kesemua kakitangan kerajaan berkenaan keluar dari bangunan berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ordin Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.32 petang dan seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi kejadian.
"Menurut maklumat, berlaku runtuhan pada siling auditorium di tingkat 11 bangunan terbabit.
"Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dan operasi ditamatkan pada jam 4.18 petang," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
#Wisma Dang Bandang #siling runtuh #bangunan bergegar #kakitangan kerajaan
;