SHAH ALAM: ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30 menjelaskan bahawa majlis perkahwinannya pada 14 Oktober lalu diadakan dengan pengetahuan ibu bapa dan keluarganya.
Azwan dalam satu siaran langsung Facebook Live pada Jumaat menjelaskan, dakwaan bahawa ibu bapanya tidak dimaklumkan mengenai majlis perkahwinan itu adalah tidak benar kerana dia telah beberapa kali memaklumkan perkara berkenaan.
“Saya sudah beritahu hendak berkahwin kepada ayah sebanyak tiga kali dan emak lima kali.
“Cuma mereka tidak bersetuju sangat dengan calon dipilih tetapi mungkin silap saya kerana teruskan untuk berkahwin dengan pilihan saya, itu memang adalah kesilapan saya sendiri,” katanya dalam siaran di Facebooknya pada Jumaat.
Ulas Azwan, dia turut menghantar beberapa keping gambar serta klip video pernikahan melalui aplikasi WhatsApp kepada ibunya.
Jelasnya, majlis perkahwinan yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Disember tahun ini terpaksa dipercepatkan berikutan mengambil kira faktor cuaca dan misi-misi bantuan yang perlu diberi kepada mangsa banjir.
“Ke Baling, Kedah hari tu pun saya pergi awal manakala isteri datang kemudian, jadi dekat sana sudah jadi satu isu. Saya tak nak menimbulkan fitnah dan salah faham orang.
“Jadi kami ambil keputusan untuk kahwin awal dan majlis akan dibuat pada penghujung tahun, bulan Disember,” ujarnya.
Pada Jumaat, Azwan dilapor selamat diijabkabulkan dengan tunangnya, Evanoza Zakaria di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Ayer Keroh, Melaka.
BACA: Abang Viva, tunang selamat diijabkabulkan
Berita gembira itu telah dikongsikan Azwan bersama orang ramai menerusi penstriman secara langsung pada malam Khamis namun disimpan sebagai tetapan peribadi.
Azwan berkata, tiada niat untuk menyembunyikan perkara baik itu namun memandangkan dia dan isteri mempunyai niat yang sama untuk melakukan kebajikan dia mengambil keputusan memaklumkan perkara itu bagi mengelakkan fitnah. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 23 2022
![Silap saya sebab teruskan - Abang Viva Silap saya sebab teruskan - Abang Viva](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666476834_AbangViva.jpg)
Azwan ketika dalam siaran di Facebooknya pada Jumaat.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Tahniah Wira Banjir! Hadir bersama ibu, 'Abang Viva' terima Pingat Jasa Kebaktian Tahniah Wira Banjir! Hadir bersama ibu, 'Abang Viva' terima Pingat Jasa Kebaktian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661402484_AbangViva.jpg)
Tahniah Wira Banjir! Hadir bersama ibu, 'Abang Viva' terima Pingat Jasa Kebaktian
Dalam istiadat itu, Azwan Omar menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) atas jasanya membantu mangsa banjir.
![Banjir: 'Abang Viva' akui akan bantu mangsa di Terengganu, Kelantan Banjir: 'Abang Viva' akui akan bantu mangsa di Terengganu, Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645970475_ABANGVIVA.jpg)
Banjir: 'Abang Viva' akui akan bantu mangsa di Terengganu, Kelantan
Azwan berkata, perkara tersebut masih dalam peringkat perancangan dan akan memaklumkan lebih lanjut di akaun media sosialnya tidak lama lagi.
![Banjir: Abang Viva nafi kutip dana, minta orang ramai hati-hati Banjir: Abang Viva nafi kutip dana, minta orang ramai hati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640443477_TBABGVIVA.jpg)
Banjir: Abang Viva nafi kutip dana, minta orang ramai hati-hati
Sambil menafikan ada membuat kutipan dana untuk membantu mangsa banjir, Azwan, 29, juga menolak dakwaan dirinya mengenakan bayaran daripada pihak media yang ingin menemubualnya.