Sijil nyah daftar untuk kereta terbiar - Menteri Pengangkutan
Mariah Ahmad
Jun 28, 2018 09:49 MYT
Jun 28, 2018 09:49 MYT
Kementerian Pengangkutan akan melakukan kajian mengenai keperluan sijil nyah pendaftaran untuk kenderaan terbiar dan tidak dipakai.
Menterinya, Anthony Loke berkata sijil tersebut adalah bagi membolehkan proses penghapusan kereta-kereta tersebut dijalankan demi kententeram awam di kawasan perumahan.
"Pihak berkuasa tempatan ada banyak terima aduan penduduk mengenai isu kereta terbiar.
"Penduduk melihatnya sebagai satu perkara yang boleh membawa kepada masalah kesihatan memandangkan kereta tersebut dibiarkan seperti besi buruk," katanya pada satu sidang media di kementerian itu di sini pada Rabu.
Menurut Loke, setakat ini masih belum ada peraturan atau undang-undang di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang membolehkan kereta terbiar ini dihapuskan.
Katanya, ia berikutan kereta terbiar tersebut masih lagi status berdaftar.
"Setakat ini hanya ada sijil pendaftaran, tetapi tiada sijil nyah pendaftaran kereta. Saya minta JPJ untuk kaji mekanisme nyah daftar ini," jelasnya.
#Anthony Loke
#daftar
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#JPJ
#kereta
#mekanisme
#nyah daftar
#sijil pendaftaran
#terbiar
#tidak dipakai
#undang-undang