Sijil halal: Pengubahsuaian kilang utama sedang dijalankan - Secret Recipe

Astro Awani
Mei 26, 2015 12:46 MYT
Secret Receipe turut memberi jaminan bahawa bahan ramuan dan proses pengendalian makanan syarikat mereka akan terus mematuhi Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. - Foto Fail
Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd memaklumkan bahawa kilang utamanya menjalani pengubahsuaian untuk pelan pembangunan yang lebih komprehensif.
Pengumuman ini dibuat di laman rasmi Facebook, sebaik sahaja berita mengenai sijil halal ditarik balik diumum Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Selasa.
Secret Receipe turut memberi jaminan bahawa bahan ramuan dan proses pengendalian makanan syarikat mereka akan terus mematuhi Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (GMP).
Sebelum ini, Jakim dalam kenyataannya berkata pihaknya menarik balik sijil pengesahan halal syarikat Secret Recipe disebabkan pelanggaran prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan amalan pengilangan (GMP) yang serius.
Jakim menafikan penarikan tersebut disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk makanan.
“Penarikan sijil halal tersebut tidaklah menghalang syarikat berkenaan untuk memohon semula Sijil Halal setelah tindakan pembetulan telah dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia," kata Jakim melalui akaun Facebook rasmi mereka.
#JAKIM #Secret Recipe