'Sifat pemurah Pak Engku dan daging kuzienya akan dirindui'
Kohilah Sekaran
Ogos 12, 2017 10:04 MYT
Ogos 12, 2017 10:04 MYT
“Perginya seorang chef tersohor negara,” itulah antara luahan netizen dan kenalan susulan pemergian pemilik Kuzie Katering, Allahyarham Datuk Raja Rosly Raja Mazlan malam tadi.
Menyifatkan Allahyarham sebagai seorang insan yang pemurah dan penyayang, para selebriti dan netizen merakam doa dan ucapan takziah kepada Allahyarham serta keluarganya.
Menerusi akaun Instagram, pelakon popular, Awal Ashaari mengimbas memori terakhir bersama Allahyarham.
"Siapa sangka, pertemuan Raya tempoh hari merupakan pertemuan terakhir kami.
"Seorang insan yang sangat pemurah, tak berkira, suka menolong dan tak lokek menjamu makanan. Kami akan merindui Allahyarham Datuk Raja Rosley, atau lebih dikenali dengan nama Pak Engku Kuzie Katering. Semoga tenang disana."
"Al Fatihah buat insan yang sangat baik hati dan pemurah.. Dato' Pak Engku telah kembali kepada Pencipta-NYA," tulis penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.
“Kita telah kehilangan seorang insan yang disayangi dan disenangi. Al-fatihah untuk Pak Engku. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Takziah untuk keluarganya,” tulis penyanyi Dafi Ismail Sabri.
Malah, ada yang mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih atas jasa Allahyarham.
"Al-Fatihah. Terima kasih Pak Engku untuk semua yang anda lakukan untuk keluarga saya. Semoga Allah tempatkan anda di antara orang-orang yang beriman,” kata seorang netizen, Nora Aziz.
Antara ucapan takziah di media sosial;
Berpengalaman luas dalam bidang katering dan hasil air tangannya yang sering mendapat pujian membolehkan beliau mendapat kepercayaan untuk mengendalikan majlis-majlis besar golongan kenamaan termasuk pemimpin negara.