Sidang penuh Dewan Rakyat ditunda ke 13 September

Astro Awani
Ogos 30, 2021 00:07 MYT
Sidang penuh Dewan Rakyat bagi penggal keempat, Parlimen ke-14 yang dijadualkan bermula 6 September ini, telah ditunda ke 13 September, 2021. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sidang penuh Dewan Rakyat bagi penggal keempat, Parlimen ke-14 yang sepatutnya bermula 6 September ini, telah ditunda ke 13 September, 2021.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin menerusi notisnya kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat malam ini.
“Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan Notis Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen ke-14 bertarikh 6 Ogos 2021 adalah berkaitan.
“Selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(2), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen ke-14 yang dijadualkan pada Isnin, 6 September hingga Khamis, 30 September 2021 telah dipinda ke Isnin, 13 September hingga Khamis, 12 Oktober 2021,” kata notis tersebut.
Walau bagaimanapun, sebab-sebab penangguhan tersebut tidak dijelaskan.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sebelum ini memaklumkan bahawa sidang penuh Parlimen ke-14 akan diadakan selama 15 hari bermula 6 September ini.

11.26pm, malam ambang Merdeka, Setiausaha Dewan Rakyat menghantar email memaklumkan sidang Dewan Rakyat yang sepatutnya bermula 6 Sep telah ditunda ke 13 Sep. pic.twitter.com/B1s4otkyBg

— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) August 30, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#sidang penuh #Dewan Rakyat #Parlimen #ditunda #Nizam Mydin Bacha Mydin #Setiausaha Dewan Rakyat
;