Sidang Parlimen terakhir sebelum PRU14 bermula 5 Mac
Bernama
Januari 15, 2018 05:24 MYT
Januari 15, 2018 05:24 MYT
Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen ke-13 tahun 2018 dijadualkan bersidang selama 20 hari bermula 5 Mac hingga 5 April, demikian menurut seorang wakil rakyat.
Anggota Parlimen Sekijang Anuar Abd Manap berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Parlimen pada Isnin.
Persidangan itu akan dirasmikan pada 5 Mac nanti, katanya kepada Bernama.
Beliau menjangkakan persidangan kali ini merupakan yang terakhir sebelum pilihan raya umum dan yakin ia akan digunakan sepenuhnya oleh anggota parlimen untuk mengetengahkan isu-isu semasa termasuk persempadanan semula kawasan pilihan raya. -- Bernama