Sidang Mesyuarat Khas: Pelaksanaan 'booster dose', vaksin campuran masih dalam kajian - Khairy

Astro Awani
Julai 28, 2021 09:19 MYT
Berkaitan vaksin campuran, kementerian kini sedang menunggu maklumat dan data klinikal sebelum membuat sebarang keputusan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan dos ketiga (booster dose) dan vaksin heterologous (campuran vaksin) masih lagi dalam kajian kumpulan pakar dan akan dimaklumkan selepas ia dimuktamadkan.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata untuk vaksin dos ketiga, minggu hadapan pihaknya akan mendengar syor daripada pakar.
“Berkenaan keperluan sama ada kita perlu booster dose atau tidak, perkara ini juga akan dibentangkan, bukan hanya dari sudut keperluan booster dose berdasarkan pengalaman di negara-negara lain.
“Tetapi sama ada kita terima vaksin heterologous, maksudnya diberi vaksin berbeza daripada vaksin asal kita terima. Ada beberapa negara sudah mengamalkan vaksin heterologous seperti Korea Selatan dan Jerman.
LAPOR LANGSUNG SIDANG KHAS PARLIMEN DI SINI

Pelaksanaan dos ketiga dan vaksin heterologus (campuran vaksin) masih lagi dalam kajian kumpulan pakar dan akan dimaklumkan selepas ia dimuktamadkan. - Menteri Penyelaras PICK @Khairykj#SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews pic.twitter.com/0L2a2fSp8B

— Astro AWANI (@501Awani) July 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Mereka lakukan sedemikian kerana ada gangguan terhadap bekalan vaksin mereka,” katanya.
SISI TV PARLIMEN ASTRO AWANI DI SINI
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan dalam sidang Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14 di sini pada Rabu.
Tambah beliau, berkaitan vaksin campuran pula, pihaknya kini sedang menunggu maklumat dan data klinikal sebelum membuat sebarang keputusan.
“Pertama, kita nak pastikan vaksin heterologous itu selamat. Kedua, sama ada mereka yang telah menerima lengkap dua dos satu jenis vaksin, adalah boleh terima booster shot yang ketiga menggunakan vaksin lain,” ujarnya.
Khairy berkata demikian dalam sesi penggulungan hari ketiga Mesyuarat Khas Parlimen di Dewan Rakyat pada petang Rabu.
#vaksin #bekalan vaksin #Khairy Jamaluddin #PICK #dos ketiga #booster dose #campuran vaksin #heterologous #Jerman #Korea Selatan #COVID-19 #Parlimen #Mesyuarat Khas