Sidang media khas Menteri Kanan Pendidikan, 5 petang ini

Umavathi Ramayah
Februari 19, 2021 15:43 MYT
Dr Mohd Radzi Md Jidin dijangka mengadakan sidang akhbar khas berhubung pembukaan sekolah pada pukul 5 petang, hari ini. - Foto Kementerian Pendidikan Malaysia
KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin dijangka mengadakan sidang akhbar khas berhubung pembukaan sekolah pada pukul 5 petang, hari ini.
Belum ada sebarang maklumat mengenai pengumuman itu, namun dijangkakan ia berhubung pembukaan semula sekolah secara bersemuka.
Sebelum ini, dalam ciapannya di Twitter, beliau memberitahu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan sekurang-kurangnya seminggu lebih awal dari tarikh pembukaan sekolah sekiranya institusi pendidikan itu sedia untuk dibuka semula secara bersemuka.
Katanya, permakluman mengenai keputusan pembukaan semula sekolah akan dibuat mengikut ketetapan yang dilakukan sebelum ini.
Bagaimanapun, ciapan Radzi menerima pelbagai reaksi daripada netizen -- ada yang menyokong dan ada juga mempertikaikan keputusan untuk membuka semula sekolah.

NOTA: Orang ramai boleh mengikuti sidang media yang akan disiarkan secara langsung di saluran Astro 501, Astro AWANI Live TV & platform media sosial Astro AWANI

#pembukaan sekolah #Kementerian Pendidikan #Sekolah Menengah #sekolah rendah #pembelajaran semuka #Mohd Radzi Md Jidin #COVID-19 #pandemik #PdPR
;