Sidang media khas MB Selangor mengenai perincian PKP petang ini

Astro Awani
Mei 5, 2021 14:13 MYT
Sidang media khas itu dijangka bermula jam 4 petang ini melalui Facebook Live Menteri Besar itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dijangka mengadakan satu sidang media khas mengenai perkara itu petang ini.
Sidang media khas itu dijangka bermula jam 4 petang ini melalui Facebook Live Menteri Besar itu.
Amirudin dijangka memperincikan pelaksanaan PKP di Selangor yang bakal berkuat kuasa esok.
Ia termasuk mengenai operasi bazar Ramadan dan sesi persekolahan di negeri itu.
BACA: PKP dilaksanakan di enam daerah di Selangor berkuat kuasa 6 Mei
Pada Selasa, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di enam daripada sembilan daerah di Selangor berkuat kuasa 6 hingga 17 Mei ini.
Ia melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
Manakala, daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih kekal PKPB.
Ikuti siaran langsung sidang media terbabit di saluran 501, Live TV, Facebook dan YouTube Astro AWANI petang ini.
Sumber Facebook amirudinbinshari
#Menteri Besar #Amirudin Shari #Facebook #Sidang media #MCO #PKP #PKPB #Kuala Selangor #Sepang #Kuala Langat #Klang #Ramadan #Sabak Bernam #Pelaksanaan PKP #Menteri Besar Selangor
;