Sidang Media Khas COVID-19 jam 4 petang ini

Astro Awani
Disember 18, 2023 12:18 MYT
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad akan mengadakan Sidang Media Khas berhubung perkembangan COVID-19, jam 4 petang ini.
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad akan mengadakan Sidang Media Khas berhubung perkembangan COVID-19, jam 4 petang ini.
Sidang Media Khas itu akan diadakan di bangunan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya.
Jangkitan COVID-19 menyaksikan peningkatan kepada 20,696 kes untuk tempoh 10 hingga 16 Disember lalu.
Menurut Dr Dzulkefly, perkembangan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 8,000 kes berbanding minggu sebelumnya.
Pada 3 hingga 9 Disember lalu, sebanyak 12,757 kes dilaporkan di seluruh negara dengan angka kematian 11 kes.

* Astro AWANI akan membawakan secara langsung Sidang Media Khas oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly di saluran 501 dan semua platform sosial media, jam 4 petang ini.

#COVID-19 #sidang media khas COVID-19 #Dzulkefly Ahmad #Menteri Kesihatan
;