Sidang DUN Sarawak: Lima rang undang-undang dibentang
Bernama
November 18, 2013 10:30 MYT
November 18, 2013 10:30 MYT
Sebanyak lima rang undang-undang akan dibentang dalam persidangan kedua penggal ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang bermula esok.
Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Besar berkata, rang undang-undang itu membabitkan belanjawan tambahan, perbekalan, pembangunan perumahan, perbadanan pembangunan perumahan dan pindaan bersabit kerajaan tempatan.
Sepanjang sidang kali ini sebanyak 335 soalan akan dikemukakan dan daripada jumlah itu 212 merupakan soalan lisan, katanya dalam sidang media di sini semalam.
Persidangan akan berlangsung selama lapan hari, katanya.