Sidang DUN Kelantan ditangguh ke April - Speaker

Bernama
Mac 22, 2020 12:17 MYT
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadual bermula esok selama empat hari, ditangguhkan ke bulan April.
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadual bermula esok selama empat hari, ditangguhkan ke bulan April, kata Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub.
Beliau berkata penangguhan itu diputuskan oleh kerajaan negeri selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa sejak 18 hingga 31 Mac ini.
"Kerajaan negeri bercadang untuk mengadakan persidangan DUN pada 12 dan 13 April ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
-- BERNAMA
#COVID-19 #Datuk Abdullah Ya'kub #ditangguhkan #DUN Kelantan #kerajaan
;