Sidang Dewan Rakyat hari ini tidak akan ditangguh sehingga lima RUU selesai
Hasimi Muhamad
Disember 17, 2020 10:25 MYT
Disember 17, 2020 10:25 MYT
KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat hari terakhir hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga lima Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul selesai dibahaskan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan mengemukakan usul tersebut mengikut aturan Mesyuarat 12 (1).
Antara urusan tersebut adalah Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2020 bagi bacaan kali yang kedua.
Turut dijadual dibentangkan bagi bacaan kali kedua ialah Rang Undang-Undang Cukai Jualan (Pindaan) 2020, Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2020, dan Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020.
Selain itu, RUU Koperasi (Pindaan) 2020 oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi juga akan dibentangkan hari ini.
Persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung selama 29 hari sejak 2 Nov lepas akan berakhir hari ini.
#Dewan Rakyat
#Takiyuddin Hassan
#COVID-19
#koronavirus
#sidang tidak ditangguh
#Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul